Tuesday, February 3, 2015

DTX Complex - Sampaikan Penjagaan Kasih Sayang untuk Hati Anda

DTX™ complex menyediakan sokongan pemakanan untuk kesihatan dengan formula herba-herba terpilih seperti  ekstrak biji benih pokok `milk thistle’ (Silybum marianum), ekstrak pokok Dandelion (Taraxacum officinale), cendawan `Reishi’ (Ling zhi), pokok `artichoke’ (Cynara carduculus), `Turmeric’/ kunyit (Curcuma longa) dan ekstrak biji ‘Schinzandra’ (Magnilia vine) yang mempunyai fungsi kebaikan yang melindungi dan merangsang keupayaan tubuh normal untuk mengekalkan hati yang sihat.

DTX Complex




Kandungan DTX complex 





Apakah fungsi HATI?




  1.   Menghasilkan cecair hempedu


·         cecair hempedu (`bile’) disimpan dalam pundi hempedu (`gall bladder’) akan 
dirembeskan ketika proses penghadaman.
·         penting untuk pencernaan/ memecahkan lemak
·         menyerap vitamin larut lemak (A,D,E,K)
·         mengasimilasi kalsium
·         hempedu berperanan menukarkan beta karotena kepada vitamin A





      2.       Agen detoksifikasi
 

·           Mendetoksifikasi ammonia yang terhasil daripada metabolisma protein dan proses penapaian bakteria dalam usus 
·           Juga mendetoksifikasi bahan-bahan toksik lain seperti sisa metabolik, ubat-ubatan, dadah, alkohol & bahan kimia lain. Bahan-bahan toksik ini akan dikumuhkan oleh buah pinggan. Oleh itu, untuk mempunyai fungsi hati yang sihat, anda juga perlu mempunyai buah pinggang yang berfungsi sempurna 
·           Mengawal metabolisma protein  


3.       Mengawal paras gula dalam darah 

·           Hati menukarkan tiroksina, iaitu hormon tiroid kepada bentuk lebih aktif. Hati yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan penukaran ini tidak mencukupi. Gejala ini dipanggil hipotiroidisme.  
·           Hati menghasilkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium (sejenis unsur kimia) dan glutation (sejenis antioksida). GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah. 
·           Gula berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen yang boleh ditukar semula kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga.  
·           Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin. Jika hati tidak dapat memecahkan hormon-hormon di atas dengan berkesan , maka hormon-hormon tadi akan berkumpul dalam badan dan menyebabkan ketidak seimbangan hormon. 

4.       Metabolisma lemak 
·         Hati menghasilkan asid lemak daripada asid amino dan gula untuk digunakan semasa menghasilkan kolesterol, lipoprotein dan phospholipid, dan untuk pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak oleh hati. Lemak kemudian akan dihantar ke tisu lemak di badan untuk penyimpanan.  







 





Hati merupakan organ terbesar dalam tubuh manusia dan berkeupayaan membina semula organnya yang telah rosak contohnya akibat serangan jantung dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Hati dianggap sebgai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia.



Tanda-tanda masalah hati:

·         Kulit, mata, kuku atau hujung jari bertukar warna kekuningan (jaundice/ penyakit kuning)
·         kejang/ sakit di bahagian bawah abdomen
·         bengkak pada kaki dan buku lali
·         gatal kulit/ kulit yang terlalu sensitif
·         air kencing berwarna gelap
·         najis berwarna gelap/ pucat / najis berdarah
·         penat yang keterlaluan
·         mual/ muntah
·         hilang selera makan
·         kulit mudah lebam



Mengapa DTX Shaklee?

      Ekstrak biji benih pokok `milk thistle’ menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati. Bahan ekstrak dari  biji benih pokok `milk thistle’ juga menghasilkan 80% silymarin (phenol semulajadi). Ia turut mengandungi bahan-bahan seperti ekstrak biji ‘Schinzandra’ dan cendawan `Reishi’ (herba yang kaya dengan antioksida) dan ekstrak pokok Dandelion, pokok `artichoke’ dan kunyit (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu) yang digabungkan secara unik.
 

0 comments:

Post a Comment