Assalamualaikum.
Muhammad Adam. Anak yang sulong. Bulan Julai nanti, genap la umur dia 6 tahun. Tahun depan dah masuk darjah 1. Sekejap benar masa berlalu. Dah besar dah anak abah ni.
Adam lahir pada 31 Julai 2009, hari Jumaat Teringat masa tu, Adam lahir selang berapa minit selepas azan solat Zohor. Memang abah kantoi solat Jumaat hari tu sebab menemani Cik Puan Harum Manis dalam bilik bersalin. Time tu jangan cakap la pasal perasaan. Bermacam-macam yang ada. Gemuruh, takut, excited, sebak... Al maklumlah kali pertama. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kasihan tengok betapa sakitnya Cik Puan Harum Manis ketika tu. Baru kita tau macam mana sakitnya Ibu kita saat melahirkan kita.
Adam, 1 bulan |
Adam sejak kecik teman bermain abah, teman gaduh abah. Selalu jugak dia merajuk tak nak kawan dengan abahnya ni. Tak nak bercakap dengan abah la. Tapi bila nak tidur, abah jugak yang dicarinya. Nak pegang tangan abah masa tidur. Kalau tak terkebil-kebil takleh tidur. Hahahahahaha... dari dulu sampai la sekarang. Kalau abahnya marah atau tegur, pun takleh tidur gak si Adam ni. Tau-tau, dengar dia nangis teresak-esak. Nak kena abahnya slow talk peluk dia baru ok. Huhuhuhuhu...
Sekarang, sejak ada adik Zahra Nur Iman, Adam dah boleh diharap kalau nak minta tolong. Maybe dia dah faham sekarang dia jadi abang. Kalau minta tolong, Insya'Allah takde masalah. Walaupun kadang-kadang mulut mengomel, tapi dia buat jugak. Hahahaha...
Adam - Pertama kali makan |
Dulu masa baby hingga toddler, tembam. Geram kat pipi dia. Sekarang sejak masuk taska masa umur 4 tahun, makin kurus Adam. Biasanya, budak-budak baju semakin 'mengecil'/ketat. Adam lak, semakin longgar semua seluar dia. Hahahaha... Asyik nak main takleh duduk diam. Kalau tengok TV memang takdenya melekat kat satu tempat. Habis ruang tamu di'tawafnya' sambil mata tengok TV. Apa punya style tengok TV. Nak kata 'hyper' takde pulak. Makan pulak ikut mood. Kadang-kadang banyak, tapi selalunya kurang nak makan.
Alhamdulillah, akhir-akhir ni nampaknya selera makan dia dah ok semula. Sejak pagi-pagi sebelum pergi tadika, sarapan bagi minum Mealshake, dah nampak balik pipi dia yang kitaorang geram satu ketika dulu. Kadang-kadang Mealshake campur fresh milk, kadang-kadang Mealshake campur koko, dua-dua Adam suka. Baru nampak berselera sedikit nak makan.
Sekarang masalahnya, tiba-tiba Adam suka sangat pulak makan udang. Huhuhu....
Semoga Adam menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Abah dan Ibu sayang Adam.
Layan gambar jelah ya. Susah sgt nak cari idea nak tulis.. :p
Kami Bertiga di Kundasang |
Di Kundasang bersama Cik Puan Harum Manis |
Di Kota Kinabalu |
Adam, 2 tahun |
Adam, 4 tahun |
Adam, 5 tahun. At A'Famosa Resort. |
0 comments:
Post a Comment