Friday, February 13, 2015

Hilangnya Seorang Pejuang, Sebutir Permata


12 Februari 2015, 9:45 malam, dikejutkan dengan berita Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke Rahmatullah. Walaupun hanya mengikuti perkembangan dan berita beliau dari jauh, tapi perasaan sedih, sebak dan hiba melanda diri ni. Walaupun sudah berjam-jam masa berlalu, perasaan ini masih lagi menjalar dalam jiwa ini. 

Begini rupanya rasa dalam jiwa apabila kehilangan ulama' besar, murabbi yang banyak berjasa dalam menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini tanpa mengenal penat lelah, penuh keikhlasan dan sabar dalam menghadapi pelbagai dugaan yang melanda. Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan para Sahabat ketika Nabi Muhammad SAW wafat.

Teringat kembali pada 8 Julai 2012 (Ahad), itulah kali pertama dan terakhir dapat bertemu Al-Marhum Tuan Guru. Rezeki Allah menemankan isteri, Cik Puan Harum Manis untuk 'event' anjuran Kerajaan negeri Selangor di SR Agama Kg. Delek, Klang. Al-Marhum Tuan Guru adalah tetamu. 

Syukur sangat dapat bertemu secara 'live' walaupun sebentar kerana kesibukan jadual Almarhum Tuan Guru. Lebih bersyukur apabila Al-Marhum Tuan Guru sudi menjamah jus asli buah delima yang dibuat oleh isteri, Cik Puan Harum Manis pada awal pukul 5 pagi hari tu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama YB Hajah Halimah di SR Agama Kg. Delek, Klang.
Jus asli buah delima yang disediakan oleh Cik Puan Harum Manis di hadapan Tuan Guru. Syukur Alhamdulillah, Tuan Guru sudi menjamahnya.
Gambar 'zoom out' sedikit. Yang bertudung pink sebelah YB Hajah Halimah
tulah Cik Puan Harum Manis

Jus delima yang disediakan oleh Cik Puan Harum Manis

Anak sulung kami, Muhammad Adam.

Walaupun hanya sebentar sahaja meluangkan masa bersama Tuan Guru ketika itu, tapi ianya kenangan yang manis bagi kami. Akan kami ingat selagi ada hayat. Insya'Allah.

Kini, Al-Marhum Tuan Guru telah pergi selamanya. Tiada lagi peluang untuk bertemu dengan beliau. Didoakan Allah swt menerima amalan beliau, mengampunkan kesilapannya, merahmatinya dan menganugerahkan baginya syurga dan redhaNya.


Nizam
- Harum Manis

0 comments:

Post a Comment