Tuesday, February 10, 2015

'Positive Energy' di Pagi Hari Selasa

Hari ni seperti biasa pergi office di Kota Damansara dari Saujana Utama menggunakan laluan Puncak Alam - Lebuhraya LATAR - Lebuhraya Utara Selatan - Sg. Buloh. Laluan ni memang jauh sedikit pusing berbanding laluan Guthrie - Kg. Melayu Subang atau melalui Kg. Merbau Sempak - Subang Bestari. Tetapi biasanya laluan jauh ni sampai lebih awal lebih kurang 10-20 minit sebab kurang 'jem'. Satu lagi suka guna laluan ni, sebab berjaya kurangkan 'stress' di atas jalanraya. hehehe...

Lebuhraya LATAR
Hari ni juga, kali pertama isi minyak di Petronas R&R Kundang arah Timur di Lebuhraya LATAR. Nak citer pasal stesen minyak ni sebenarnya. Tahniah kepada pemilik stesen Petronas kerana memiliki pekerja-pekerja yang ramah dan mesra. Sentiasa senyum dan memberikan 'positive energy' kepada pelanggan-pelanggan seperti saya.

35 tahun saya hidup di dunia ni, 17 tahun pengalaman memandu kereta dan mengisi minyak, inilah kali pertama, seorang 'pump attendance' lelaki yang masih muda, awal 20-an, mendoakan keselamatan saya di atas jalanraya dan semoga selamat tiba ke destinasi. 

Walaupun nampak kecil aje perkara tu, tapi ianya membayangkan betapa beliau memiliki 'kekayaan jiwa' yang tinggi bak kata Dr Azizan Osman. Hanya sedikit perbuatan yang baik, memberikan kesan positif hingga langsung tak terasa 'stress' ketika melalui kawasan pembinaan MRT di Sg. Buloh yang hari-hari sesak.

Alangkah bagusnya kalau lebih banyak lagi industri yang melibatkan khidmat pelanggan mempunyai pekerja seperti adik tu dan yang lain-lain yang tak lekang dari bersenyum. TERBAIK.

- Nizam Harum Manis


p/s: Sambil-sambil tu, singgahlah ke sini - Promosi Februari 2015. :p




1 comment:

  1. Terima kasih atas pujian abng,kerana abng,saya mendoakan kesejahteraan abng,dn dipnjngkn umo & murh rezeki,amin

    ReplyDelete