Saturday, December 19, 2015

Nick's Gastro

Assalamualaikum,

Esok, hari minggu, orang gomen pun dah gaji kan? So, apa lagi, jom kita try makan tempat baru pulak nak? Ok, kali ni kita tengok pulak hipster cafe baru Nick's Gastro di Persiaran Puncak Alam 10, Dataran Alam Suria, Bandar Puncak Alam (https://www.google.com.my/maps/@3.2342266, 101.4171762,16z?hl=en&hl=en). Kawasan kedai ni, adalah kawasan rumah kedai yang baru dibuka. So bila masuk je simpang ke Dataran Alam Suria ni, nampak kedai mamak, terus je..Landmark dia adalah My Maidin.

Nick's Gastro
http://www.malaysianplaces.me/user/nicksgastro/photo/1113610655329746180.html

Pintu masuk Nick's Gastro
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=133701526991194&set=a.108051609556186.1073741827.100010540416392&type=3&theater

Sekali tengok nama cafe hipster ni, Nick's Gastro, mesti ramai yang tertanya-tanya tentang statusnya. Halal ke idak ya? Biasa la sebagai Muslim, bab halal haram ni mesti dititik beratkan. Tapi In Shaa Allah, cafe ni halal sebab tuan punye cafe ni Muslim. En. Nik Aswari Nik Salleh  & rasanya nama cafe ni pun di ambil dari nama beliau.

Suasana malam di Nick's Gastro, cozy je
Hiasan dinding di Nick's Gastro
Nick's Gastro ni sebenarnya baru je dibuka, dalam bulan November 2015. Tapi Alhamdullilah, sambutannya memang menggalakkan. Memang sekejap je popular di Puncak Alam dan kawasan sekitarmya. Basically, Nick's Gastro menghidangkan hidangan barat. Jom intai hidangan apa yang depa juai ni..

Menu
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153274589310922&set=t.100010540416392&type=3&theater


Antara menu yang popular adalah: New Zealand Lamb Cutlet, NZ lamb shoulder, Sirloin Steak, Pan Fried Salmon & Breaded Chicken Pamesan. Saya sendiri pernah rasa Breaded Chicken Pamesan, best. Tak rugi try, tapi rugi kalau tak try...hihihi..

NZ lamb cutlet
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=151017788592901&set=a.125839844444029.1073741829.100010540416392&type=3&theater


NZ lamb Shoulder
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=147860695575277&set=a.125839844444029.1073741829.100010540416392&type=3&theater
Pan Fried Salmonhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=147863008908379&set=a.125839844444029.1073741829.100010540416392&type=3&theater
Breaded Chicken Pamesan


Perghhh, Sodapnya... memang berbaloi2. Nanti sat, kita peak on the appetizer & dessert. Antaranya: Nanchos, Pumpkin soup, French toast with ice-cream. Yum.. Alkisahnya, saya nak order brownies & ice cream sempena birthday Mr. Hubby, tapi brownies habis la pulak.. so rembat jela apa yang ada. French toast pun jadi la kan, tapi memang tak mengecewakan la Freanch toast dia, sedap, ada rasa cinnamon sikit tapi best, budak-budak pun suka. Sampai licin pinggan (segan nak upload gambar pinggan licin, nampak benar buruk lantak..hahaha).

Nanchos
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=154506018244078&set=a.125839844444029.1073741829.100010540416392&type=3&theater

Pumpkin Soup
http://www.malaysianplaces.me/user/nicksgastro/photo/1113003214640578162.html

French toast with ice-cream, seriously yummy

Air tembikai (belakang), ice lemon tea (kanan), soda (depan)

Adam baru tengok pop star kat school kot, so tak pasal-pasal abis satu family dipaksa ikut gaya pop star. 
Sorry uolls, post kali ni tak banyak gambar sendiri. Gambar tak terang pulak. Kebanyakkan gambar di sini dari fb Nick's Gastro. Minta halal ya En. Nik....

Anyway, jangan lupa singgah di Nick's Gastro ya..  Jap, ni waktu operasi nya Selasa-Ahad (12 pm-3 pm) & (6pm-10.30 pm). But recommended call dulu (No. phone: 019-3845797) & buat reservation bagi yang datang hujung minggu sebab mlm minggu memang pack. Tapi pastu hangpa jangan buat pedajal tak datang pulak tau, kesian tokey.. ok, bagi student pulak ada 10% diskaun.  So apa-apa boleh rujuk fb Nick's Gastro https://www.facebook.com/nikaswari.niksalleh/about. Wokey, that's all, zassssssss....


Tuesday, August 11, 2015

ZAWARA COFFEE

Ahad lepas, (9 Aug. 2015), selepas sesi perjumpaan dengan mama Cery, Shaklee, kami sekeluarga singgah di ZAWARA COFFEE di Bukit Jelutong, Shah Alam. ZAWARA COFFEE Bukit Jelutong ni terletak lot kedai di Belakang Masjid Besar Bukit Jelutong.

ZAWARA COFFEE di Bukit Jelutong, Shah Alam

Kami sampai dalam pukul 4 pm ++. Sampai je, parking depan kedai dah penuh, sekali round lagi dapat parking tepi kedai, rezeki...Alhamdullilah. Dari luar ZAWARA COFFEE ni nampak macam mahal je, ala2 taraf macam Starbuck gitu. Ok, jom masuk dalam pulak.

Counter order ZAWARA COFFEE dalam kontena (source: https://www.facebook.com/zawaracoffee/photos_stream)


               
Some of the sitting area dalam kedai

Sitting area kat luar kedai

Masuk kedai, besar, cantik & kemas design dia. Then kami cari seat. Seat banyak walaupun orang ramai berbaris. Mana taknya, seat di ZAWARA COFFEE ni banyak, kat luar ada, dalam pun ada. seat yang orang dah sudah pun cepat je staff ZAWARA ni kemaskan. Staff pun ramah & senyum selalu. Dah pilih seat, kami line up untuk order. Menu disediakan di kaunter. Ada printed menu & on screen. 

Menu on screen, yang macam telefon besar gabak sebelah si kecil Iman tu.

                                                                  Jom tengok menu..


Menu makanan di ZAWARA COFFEE Bukit Jelutong (source: https://www.facebook.com/zawaracoffee/photos_stream)


Menu minuman di ZAWARA COFFEE Bukit Jelutong (source: https://www.facebook.com/zawaracoffee/photos_stream)

Dan ni yang kami order. kalau tak tau nak order apa, tanya or mintak suggestion dari staff di ZAWARA COFFEE ni. Depa ni is helpful I tell u..Lepas order dia bagi table buzzer ni. Yang kami dapat hanya aiskrim je, yang lain, dah siap nanti table buzzer ni berbunyi & kita kena ambil sendiri food/ drink yang dah order tadi kat kaunter. So if dengar bunyi Bzzzzz jangan ingat telefon meja sebelah pulak berbunyi.. karang sejuk pulak food uolls atas kaunter tu.. 

Bab harga tu uolls tgk & judge la sendiri. Ada orang cakap mahal, ada orang cakap murah. Tepuk dada, tengok wallet. Kalau menteri kewangan bagi green light, kita gi..hahaha.. So nak tau tak berbaloi tak makan kat sini? Sila baca bawah lagi..


Order untuk kami, 2 dewasa & 2 kanak-kanak

Ni, mesti korang tertanya-tanya sedap tak food kat sini kan? Jemput tengok, agak-agak macam mana?


   
Toasted garlic & cheese bun is mine
Iced butterscotch machiatto is also mine
Ni pulak husband & Adam & Iman punye food. En. husband order Scallop & clam chowder & Coconut latte. Husband saya ni suka order food/ drink yang dia tak pernah try. Tapi best jugak la coconut late di ZAWARA COFFEE ni.. Better than my butterscotch machiatto. Bebudak pulak kami belikan churros & ice-cream. Tapi akhirnya bebudak ni mengepau food kami jugak, churros diorang, diorang nak tapau makan kat rumah...huhuhu..pandai tak depa nih..

Scallop & clam chowder (source: https://www.facebook.com/zawaracoffee/photos_stream

Churros with choc dip.


So macam mana? Agak-agak best tak food & drink di ZAWARA COFFEE ni? Sincerely, I have to say, food kat ZAWARA COFFEE Bukit Jelutong ni sedap! Memang sedap!Scallop & clam chowder ni memang must try food la. Next time if datang sini, memang saya akan order lagi scallop & clam ni la.. My toasted garlic & cheese ni pun sedap.. rasa tak cukup je 2 keping tu (dasar customer makan banyak la ni, hahaha).. churros pun sedap.. siap dipping chocolate yang tak abis tu, buat cicah roti bun kat rumah untuk next day breakfast lagi.. 

All the 3 food yang saya try, semua best, it just that the coffee tu rasanya coffee bean lagi best kot (sorry ZAWARA COFFEE).. maybe because we ordered iced, I dunno.. because saya tengok yang order hot coffee & ice blended macam best je.. Thus, for this, saya bagi full 5 stars untuk food di ZAWARA COFFEE, but for the drinks saya rasa 3 stars out of 5 is justified. I will DEFINITELY going to be here again...., SOON! Next time saya akan order Chocolate Macademia Frappe pulak. Member kata sedap..

Lastly, ni gambar saya (comot sebab penat kejar budak2 kesan kemari) n kids n Nisak. Lupa pulak pasal si Nisak ni.. member lab kat pharmacy & baru join Shaklee.. tak pasal2 Nisak kena join kami di ZAWARA COFFEE sebab kami car pool gi jumpa mama Cery untuk Shaklee discussion di Cyberjaya.  


Me, my kids & Nisak.. 
More info on ZAWARA COFFEE:

Buka setiap hari, 9 am- 11 pm
Tak perlu reservations, just walk in.

Web:http://www.zawaracoffee.com/
FB: https://www.facebook.com/zawaracoffee
Instag: ZAWARACOFFEE

Alamat: 1-G-04 d'vida, Jalan BAZAR U8/101, Bussiness Centre Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor. (Landmark: shop lot color hijau belakang masjid Besar Bukit Jelutong).


Gambar-gambar lain di bawah saya ambil dari FB ZAWARA COFFEE. Mintak halal ya Zawara Coffee..
(source: https://www.facebook.com/zawaracoffee/photos_stream)..




Nikmati Kelazatan Serta Aroma Makanan & Minuman Di ZAWARA Coffee.
Kami Buka Setiap Hari Dari 9am ke 11pm. Halalan & Thoyyiban


Succulent Singapore Red Lamb Shank.
Served with Cranberry Walnut Bread. Rm23.
Buffalo Chicken Wings. Rm15 (8 ketul)

Coney Dawg. Spicy Beef Hotdog between
2 toasted Italian Herbs & Parmesan Bread.
Perfected with coney sauce, arugula & cheddar
cheese. Rm12
 
A spicy version of spaghetti in beef bolognaise sauce.
Garnished with Arugula & parmesan cheese. Rm12

Belgian Chocolate & Strawberry Cake.
Made with high quality chocolate ganache. Rm15
Chocolate Nutella & Hazelnut Cake. Rm15



Refreshing Mojito Mocktails.
Our list of frappe is so extensive and delicious. Rm12









Thursday, July 9, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

Ramadhan sudah hampir ke penghujung. Semoga segala amalan sepanjang bulan yang mulia ini diterima Allah.
Kami di Harum Manis mengambil kesempatan ini, mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pelanggan setia kami, dan juga kepada semua muslimin dan muslimat. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Kami memohon ribuan kemaafan di atas apa-apa kesilapan dan kekurangan yang ada.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


Thursday, May 14, 2015

Mac & Cheese

Selamat petang! Tengah pikir nak masak apa ke malam ni? Jom sekali sekala try masakan western..Nak makan kat kedai mahal, dah la tu, kadang-kadang xsedap pulak. Baik masak sendiri, murah & sedap. Lagipon xpayah la nak terkocoh-kocoh siapkan anak lepas maghrib untuk makan kat luar..

Ok, recipe kali ni macaroni & cheese, memang mudah sgt nk buat. 15 minit boleh siap. Kos pon xmahal. Jom tengok bahan-bahan nya:

Mac & Cheese

Bahan-bahan:

  • 230 g macaroni (apa-apa brand)
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum 
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cawan cheddar cheese atau campuran cheese kegemaran anda (tak kisah brand apa).
Cara-cara:

  • Rebus macaroni sehingga lembut (kira-kira 10 minit sahaja) kemudian tos kan.
  • Cairkan butter dalam periuk dengan api yang sederhana
  • Bila butter dah berbuih & berbau harum, masukkan tepung gandum. Kacau supaya tak berketul (mudah jika kacau guna pemukul telur je).
  • Butter & tepung akan perlahan2 memekat, so jangan tinggalkan dapur anda. apabila dah pekat, masukkan susu sedikit demi sedikit sambil kacau. 
  • Bila campuran tadi dah pekat (kejap je dia pekat), tutup api & terus masukkan garam & cheese sambil kacau.
  • Apabilabila cheese dah larut, masukkan macaroni tadi & gaul hingga sebati.
  • Siapp...
Malam tadi saya bakar ayam sekali. Ayam ni pun senang sgt nk buat (recipe ayam lain kali pulak ya:). Pagi perap, balik kerja terus masuk oven. Sambil2 tu boleh layan anak-anak tengok tv. Siap bakar ayam baru buat mac & cheese pulak. So kiranya diner semalam, mac & cheese, seketul ayam bakar n black paper sos & salad (beli kat tesco je, siap dengan dressing). Ha, banyak nye? sempat ke? sempat, tak susah kalau kita pandai rancang. 

Diner malam tadi. Mac & cheese, ayam bakar + black paper sos & salad.
Ni pinggan Adam. Disuruhnya ibu ambil gambar pinggan dia sekali..ish, ishh

Macam saya, balik kerja dekat pukul 6.30 pm, bawak anak main taman tepi rumah dulu. 10 minit je, pastu terus masuk dapur, rebus macaroni. Sambil tunggu macaroni siap, teman anak tengok tv. Pas macaroni siap, bakar ayam pulak. saya kena buat satu per satu sebab oven saya bawah dapur, supplier oven tak galakkan guna oven & dapur serentak. Katanya risky sikit sebab takut panas pulak tong gas memasak. So ikut jela.. Lepas ayam siap je, saya terus masak mac & cheese. Saya bab-bab memasak ni, kena cepat-cepat sebab kat rumah ada anak dara yang tak boleh renggang dengan ibu nya.. Bayangkan sambil masak, dipegangnya kaki kita.. hai, tak concentrate ibu nak masak dik oiii..

Ni la anak dara yang obsessed dengan ibu dia ni. Tak boleh berenggang. Zahra Nur Iman sambil makan ayam bakar.


Bab masak memasak ni, yang penting husband suka & anak makan. Recipe ni dah 3 @ 4 kali saya buat before ni sebab anak sulong, Adam suka. Ha, kalau ada lebih Mac & cheese ni, boleh simpan dalam peti ais buat makan sarapan. Tak payah panaskan, makan sejuk pun sedap.
Ni sarapan pagi tadi dari leftover malam tadi.

 Ok, selamat mencuba.. Sedapp & mudahhh...





Monday, May 11, 2015

Lemari Lifestyle

Assalamualaikum. 

Wah, lama nye rasa tak berblog.. biasanya en. suami yang update blog ni, but since hari ni ada masa kelapangan sementara tunggu kawan car pool siapkan labwork, sempat la update review tempat , makan yang saya dah pergi.. Ok, kali ini saya nak introduce & review service n product sebuah boutique cafe vendor  di Puncak Alam, Selangor, Lemari Lifestyle.

Lemari Lifestyle promo
Lokasi boutique cafe ini adalah bersebelahan TESCO Puncak Alam. Agak tersorok, kerana terletak di row belakang rumah kedai 2 tingkat, betul-betul sebelah kedai 2 ringgit. Bahagian bawah boutique cafe ini menempatkan cafe manakala tingkat 2 adalah boutique nya.


Barang pameran kemas tersusun


Cantik hiasan dinding di Lemari Lifestyle


Selesa, macam kat rumah pulak


Saya rembat baju, masker & brooch di sini..wahh..
Bahagian cafe Lemari Lifestyle ini agak selasa, dengan warna kelabu & hitam jadi pilihan. Pada waktu lunch hour ramai juga orang di cafe ni.. saya ke sini 3 kali dah. 2 kali dengan kawan2 during lunch & sekali dengan family, tea di hujung minggu.

Ada taste la designer cafe ni, cantik

Kami sampai awal sebelum lunch time untuk snap gambar.


Dari segi makanan ada 3 kategori. 1) Western food yang disediakan sendiri, 2) makanan tempatan vendor & 3) dessert dari vendor. Semasa saya lunch di sana, pada hari Selasa, 31 Mac 2015, hanya ada western food & dessert sahaja. Hidangan tempatan belum sampai.. Western food yang ada ketika itu spaghetti bologna, fettuccine cabonara mushroom, speggethi cabonara seafood & cheesy meatball. Harga hidangan western dalam RM5-6. Cheese cake dlm RM8-9. But masa 1st time datang sini, chiller cake nearly empty, so frust la xbanyak pilihan cake. But 2nd time I was here, they have improved in term of filling their freezer with cakes..Good...

Dari segi layanan pulak, tumb up to the staffs. Semuanya peramah & mudah tersenyum. Good..

Spaghetti bologna, berapa banyak sudu daa...haha

Cheesy meatball, best.. desert, New York cheese cake, best

Kami minum slurpp puding perisa oren (kanan sekali), best

Freezer, wah..hancus diet aku..

Chiller penuh dengan macam2 air & desert lain

Food kat sini ok la, western biasa2 je i think because tak selesa & feeling makan dalam bekas plastik kot But the cakes is good. Pulut mangga pun ada... kecur air liur wei...Menu kat sini berubah-ubah, so kena update through their instag or fb. Second time saya ke sini saya makan laksa (vendor hantar). Lama gak tunggu. Tunggu, punye tunggu, punye tunggu, lastly dekat 45 min baru la laksa sampai..nasib baik berbaloi tunggu, sedappp, tapi portion sikit..TAK KENYANG WEIII.. (dasar selalu makan banyak, haha).. Moral of the story, before datang tgk instag diorang dulu @ lemari.lifestyle (https://instagram.com/lemari.lifestyle/) or fb @ https://www.facebook.com/pages/Lemari-lifestyle/618900644905541 & then call (012-2407079)  tanya food yang anda berkenan tu dah sampai belum..

Before ending this post, saya nak share gambar-gambar terliur from FB Lemari Lifestyle... pasni jangan lupa singgah di Lemari Lifestyle ya..


https://www.facebook.com/pages/Lemari-lifestyle/618900644905541?sk=photos_stream

https://www.facebook.com/pages/Lemari-lifestyle/618900644905541?sk=photos_stream

https://www.facebook.com/pages/Lemari-lifestyle/618900644905541?sk=photos_stream



https://www.facebook.com/pages/Lemari-lifestyle/618900644905541?sk=photos_stream