Monday, May 11, 2015

Lemari Lifestyle

Assalamualaikum. 

Wah, lama nye rasa tak berblog.. biasanya en. suami yang update blog ni, but since hari ni ada masa kelapangan sementara tunggu kawan car pool siapkan labwork, sempat la update review tempat , makan yang saya dah pergi.. Ok, kali ini saya nak introduce & review service n product sebuah boutique cafe vendor  di Puncak Alam, Selangor, Lemari Lifestyle.

Lemari Lifestyle promo
Lokasi boutique cafe ini adalah bersebelahan TESCO Puncak Alam. Agak tersorok, kerana terletak di row belakang rumah kedai 2 tingkat, betul-betul sebelah kedai 2 ringgit. Bahagian bawah boutique cafe ini menempatkan cafe manakala tingkat 2 adalah boutique nya.


Barang pameran kemas tersusun


Cantik hiasan dinding di Lemari Lifestyle


Selesa, macam kat rumah pulak


Saya rembat baju, masker & brooch di sini..wahh..
Bahagian cafe Lemari Lifestyle ini agak selasa, dengan warna kelabu & hitam jadi pilihan. Pada waktu lunch hour ramai juga orang di cafe ni.. saya ke sini 3 kali dah. 2 kali dengan kawan2 during lunch & sekali dengan family, tea di hujung minggu.

Ada taste la designer cafe ni, cantik

Kami sampai awal sebelum lunch time untuk snap gambar.


Dari segi makanan ada 3 kategori. 1) Western food yang disediakan sendiri, 2) makanan tempatan vendor & 3) dessert dari vendor. Semasa saya lunch di sana, pada hari Selasa, 31 Mac 2015, hanya ada western food & dessert sahaja. Hidangan tempatan belum sampai.. Western food yang ada ketika itu spaghetti bologna, fettuccine cabonara mushroom, speggethi cabonara seafood & cheesy meatball. Harga hidangan western dalam RM5-6. Cheese cake dlm RM8-9. But masa 1st time datang sini, chiller cake nearly empty, so frust la xbanyak pilihan cake. But 2nd time I was here, they have improved in term of filling their freezer with cakes..Good...

Dari segi layanan pulak, tumb up to the staffs. Semuanya peramah & mudah tersenyum. Good..

Spaghetti bologna, berapa banyak sudu daa...haha

Cheesy meatball, best.. desert, New York cheese cake, best

Kami minum slurpp puding perisa oren (kanan sekali), best

Freezer, wah..hancus diet aku..

Chiller penuh dengan macam2 air & desert lain

Food kat sini ok la, western biasa2 je i think because tak selesa & feeling makan dalam bekas plastik kot But the cakes is good. Pulut mangga pun ada... kecur air liur wei...Menu kat sini berubah-ubah, so kena update through their instag or fb. Second time saya ke sini saya makan laksa (vendor hantar). Lama gak tunggu. Tunggu, punye tunggu, punye tunggu, lastly dekat 45 min baru la laksa sampai..nasib baik berbaloi tunggu, sedappp, tapi portion sikit..TAK KENYANG WEIII.. (dasar selalu makan banyak, haha).. Moral of the story, before datang tgk instag diorang dulu @ lemari.lifestyle (https://instagram.com/lemari.lifestyle/) or fb @ https://www.facebook.com/pages/Lemari-lifestyle/618900644905541 & then call (012-2407079)  tanya food yang anda berkenan tu dah sampai belum..

Before ending this post, saya nak share gambar-gambar terliur from FB Lemari Lifestyle... pasni jangan lupa singgah di Lemari Lifestyle ya..


https://www.facebook.com/pages/Lemari-lifestyle/618900644905541?sk=photos_stream

https://www.facebook.com/pages/Lemari-lifestyle/618900644905541?sk=photos_stream

https://www.facebook.com/pages/Lemari-lifestyle/618900644905541?sk=photos_stream



https://www.facebook.com/pages/Lemari-lifestyle/618900644905541?sk=photos_stream



0 comments:

Post a Comment