Thursday, May 14, 2015

Mac & Cheese

Selamat petang! Tengah pikir nak masak apa ke malam ni? Jom sekali sekala try masakan western..Nak makan kat kedai mahal, dah la tu, kadang-kadang xsedap pulak. Baik masak sendiri, murah & sedap. Lagipon xpayah la nak terkocoh-kocoh siapkan anak lepas maghrib untuk makan kat luar..

Ok, recipe kali ni macaroni & cheese, memang mudah sgt nk buat. 15 minit boleh siap. Kos pon xmahal. Jom tengok bahan-bahan nya:

Mac & Cheese

Bahan-bahan:

  • 230 g macaroni (apa-apa brand)
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum 
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cawan cheddar cheese atau campuran cheese kegemaran anda (tak kisah brand apa).
Cara-cara:

  • Rebus macaroni sehingga lembut (kira-kira 10 minit sahaja) kemudian tos kan.
  • Cairkan butter dalam periuk dengan api yang sederhana
  • Bila butter dah berbuih & berbau harum, masukkan tepung gandum. Kacau supaya tak berketul (mudah jika kacau guna pemukul telur je).
  • Butter & tepung akan perlahan2 memekat, so jangan tinggalkan dapur anda. apabila dah pekat, masukkan susu sedikit demi sedikit sambil kacau. 
  • Bila campuran tadi dah pekat (kejap je dia pekat), tutup api & terus masukkan garam & cheese sambil kacau.
  • Apabilabila cheese dah larut, masukkan macaroni tadi & gaul hingga sebati.
  • Siapp...
Malam tadi saya bakar ayam sekali. Ayam ni pun senang sgt nk buat (recipe ayam lain kali pulak ya:). Pagi perap, balik kerja terus masuk oven. Sambil2 tu boleh layan anak-anak tengok tv. Siap bakar ayam baru buat mac & cheese pulak. So kiranya diner semalam, mac & cheese, seketul ayam bakar n black paper sos & salad (beli kat tesco je, siap dengan dressing). Ha, banyak nye? sempat ke? sempat, tak susah kalau kita pandai rancang. 

Diner malam tadi. Mac & cheese, ayam bakar + black paper sos & salad.
Ni pinggan Adam. Disuruhnya ibu ambil gambar pinggan dia sekali..ish, ishh

Macam saya, balik kerja dekat pukul 6.30 pm, bawak anak main taman tepi rumah dulu. 10 minit je, pastu terus masuk dapur, rebus macaroni. Sambil tunggu macaroni siap, teman anak tengok tv. Pas macaroni siap, bakar ayam pulak. saya kena buat satu per satu sebab oven saya bawah dapur, supplier oven tak galakkan guna oven & dapur serentak. Katanya risky sikit sebab takut panas pulak tong gas memasak. So ikut jela.. Lepas ayam siap je, saya terus masak mac & cheese. Saya bab-bab memasak ni, kena cepat-cepat sebab kat rumah ada anak dara yang tak boleh renggang dengan ibu nya.. Bayangkan sambil masak, dipegangnya kaki kita.. hai, tak concentrate ibu nak masak dik oiii..

Ni la anak dara yang obsessed dengan ibu dia ni. Tak boleh berenggang. Zahra Nur Iman sambil makan ayam bakar.


Bab masak memasak ni, yang penting husband suka & anak makan. Recipe ni dah 3 @ 4 kali saya buat before ni sebab anak sulong, Adam suka. Ha, kalau ada lebih Mac & cheese ni, boleh simpan dalam peti ais buat makan sarapan. Tak payah panaskan, makan sejuk pun sedap.
Ni sarapan pagi tadi dari leftover malam tadi.

 Ok, selamat mencuba.. Sedapp & mudahhh...





0 comments:

Post a Comment