Thursday, March 19, 2015

IOI City Mall, Dua Kali Ke Sana Dalam 4 Hari... (Sambungan)


Assalamualaikum.

Baru sempat nak update dan sambung entry ni. Rujuk http://keluargaharummanis.blogspot.com/2015/03/ioi-city-mall-dua-kali-ke-sana-dalam-4.html untuk entry sebelumnya.

Ok... hari Ahad (tak ingat dah tarikhnya), 4 hari selepas pergi IOI City Mall dengan Cik Puan Harum Manis, kitaorang pergi sekali lagi ke sana. Kali ni pergi satu family. Niatnya nak tukar baju Iman yang muat-muat aje tu.

Pagi-pagi dah siap, tapi nak memujuk Adam satu hal la pulak. Dia ralit tengok tv sampai tak nak keluar. Yang Iman pulak, dah tak sabar nak pi jalan-jalan. Macam-macam ragam. Hahahaha... Dekat 15 minit gak ambil masa memujuk Adam. Huhuhu...

Sampai IOI City Mall, terus menuju ke Padini Concept Store untuk tukar baju Iman tu. Alhamdulillah takde masalah. Akhirnya ambil baju budak saiz 2 tahun punya. Lepas tu, Adam ajak pi tengok ice rink kat situ. Beria-ia dia mengajak. Aiii budak ni, tadi dia la yang tak nak sangat pergi berjalan, sekarang dia pulak terlebih-lebih. Hahahaha...

Kat ice rink, Adam dah teruja nak mecuba ice skating. Okla, kitaorang bercadang nak biar Adam main sendirian. Bila tanya staff kat kaunter tu, boleh aje kalau nak Adam bersendirian main ice skating. Dalam ice rink ada staff yang jaga. So beli tiket masuk. Untuk normal pass (main ice skating) tiket RM 28 (weekend) seorang. Harga sama tak kira kanak-kanak atau dewasa. Price termasuk sewa kasutnya. Kemudian kena beli glove dan stoking, harganya RM 15. Pastu kena beli visitor pass RM 5 seorang untuk masuk dekat lounge ice rink tu. Total RM 10, Iman free.

Dah siap pakaikan Adam dengan kasut ice skating tu, bawa dia masuk ice rink. Alamak, dia nak jalan pun tak leh... susah gak camni. Dalam tu boleh tahan ramai gak. Nak tak nak, terpaksa beli lagi satu normal pass dan glove + stoking. huhuhu.. Abahnya terpaksa teman Adam dalam ice rink.

Cuak gak sebab tak pernah main sebelum ni. Hahaha... Dah masuk ice rink dengan Adam, oklah. Takdela susah sangat nak imbangkan badan. Boleh la skating sikit-sikit. Tapi takdenya nak skating sangat pun. Memimpin Adam tepi ice rink tu... Guess kitaorang buat record, habiskan satu pusingan ice rink tu dekat sejam. Hahahahahaha.. Adam still kurang confidence walaupun sebenarnya dia boleh aje imbang badan dia dan skating sikit bila lepaskan tangan. So far, Adam hanya jatuh sekali aje masa dah nak sampai pintu keluar. Ingat nak round sekali lagi bagi Adam confidence lagi, tapi kesian kat Cik Puan dan Iman menunggu lama kat luar. Huhuhu... Abahnya ni pun dah mula rasa sakit pinggang sebab memimpin Adam.. hahahaha... nampaknya kena makan OsteMatrix la pas ni. Dah berumur... hahahaha...



Seronok nak mencuba ice skating
Adam dan Abah sebelum masuk ke ice rink.

Akhirnya setelah hampir sejam, jumpa gak pintu keluar. Hahahaha...

Kesian Iman terpaksa menunggu dekat sejam. Nasib baik tak meragam. Good girl Iman.

Walaupun hanya satu round aje, tapi Adam nampak puas sangat dan happy. Itu la yang penting untuk parents. Asalkan anak happy.

Pastu kitaorang terus pi makan kat Manhattan Fish Market. Memang nak makan kat situ sebab Adam suka dan Iman pun boleh makan sekali. Lagipun kitaorang ada voucher Manhattan Fish Market bernilai RM100. Redeem Treatpoints dari Maybank. Memang pulun la kira macam makan free... hahahahaha..

Dah sudah makan, kitaorang pun balik. Adam dan Iman pun nampak dah letih. Kalau letih sangat, nanti meragam pulak. 

So, tu ajelah nak citer. Walaupun pergi kali ni tak lama sangat, tapi Adam happy dan Iman pun happy dapat jalan-jalan. Ok sangat-sangat la tu. 

Jumpa lagi di entry lain.


0 comments:

Post a Comment