Monday, February 23, 2015

3 Beranak dan 'Barber Shop'

Assalamualaikum.

Aktiviti pada Ahad (22 Feb 2015) petang, kami 3 beranak, Muhammad Adam, Zahra Nur Iman dan saya meluangkan masa pergi 'Barber Shop' untuk gunting rambut. Masing-masing rambut dah panjang dan tak kemas langsung. Hahahaha... 

Mulanya macam malas nak pergi sebab penat seharian 'bertukang' kat rumah. Memasang rak dinding dalam stor yang telah lama tertangguh. Mengambil kesempatan semalam pasang rak tu sebab jiran masih lagi bercuti, jadi tak risau bunyi bising yang mengganggu.

Kemudian, dah siap tu, menyiapkan pulak 'planter box' untuk tanam sayur. Ni pun satu lagi projek yang telah lama tertangguh. Huhuhu... Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Cuma tak cukup tanah pulak. Next time kena pi nursery beli tanah lagi. Harap-harap menjadi la kebun sayur yang tak seberapa tu nanti.

Berbalik cerita gunting rambut, akhirnya keluar juga sebab nak beli sekali bahan-bahan makan malam. Cik Puan Harum Manis nak masak mee kari untuk makan malam. Kesian Iman sebab kena potong nipis. Tapi untuk kebaikan dia. harap-harap lepas ni rambut dia lebat sedikit. Kesian anak-anak abah sebab ikut abahnya yang berambut nipis. Adam dulu terpaksa botak dua kali masa baby, baru lebat sedikit rambut dia. Iman pulak, ni kali kedua berambut nipis botak. hehehehe.. Pagi tadi hantar taska, cikgu Iman semua terkejut dan ketawa tengok Iman. :p

Layan jelah gambar petang semalam.

Iman dalam proses membotakkan kepala. Good girl abah ni tak menangis. Senang dan sekejap aje prosesnya.

Adam dalam kereta sementara menunggu Ibunya, Cik Puan Harum Manis beli barang-barang di kedai runcit. Sempat lagi nak main 'ultraman' tapi mata kuyu. Hahahaha.....


Iman pulak, sibuk nak main stering kereta sambil tercengang tengok 'ultraman Adam'.


Kami bertiga di rumah selepas mandi. Bergambar dengan fesyen rambut terkini. 'Ultraman Adam' dalam posisi nak mem'fire' dalam keadaan penuh lemah lembut dan gemalai. hahahaha...

p/s: Jom tengok sini. Tinggal 5 hari aje lagi sebelum tamat promosi.

0 comments:

Post a Comment