Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.
“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.
- See more at: Utusan Online
Memang sekarang ni agak panas tapi masih lagi belum tahap panas yang ekstrem. Harapnya biarlah kekal begini, maksudnya jangan hingga menjadi ekstrem. Sama-samalah kita berdoa.
Walaubagaimanapun, Jabatan Meteorologi berpendapat sebaliknya. Boleh rujuk dari berita ni;
Fenomena Ekuinoks Tidak Sebab Cuaca Panas Melampau - Meteorologi
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Fenomena Ekuinoks yang dijangka berlaku di negara ini mulai minggu depan tidak akan membawa kepada perubahan cuaca melampau, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail.
Beliau berkata situasi itu hanya akan menjurus kepada peningkatan suhu antara satu atau dua darjah Celcius.
"Ini masih dikira normal dan tidak akan memberi kesan besar secara keseluruhan," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, ini merupakan fenomena biasa kerana Ekuinoks berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada Mac dan September ketika matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa, lokasi negara ini berada.
"Ekuinoks tidak beri kesan besar terhadap suhu kerana perubahan suhu banyak dipengaruhi faktor seperti pergerakan angin, hujan dan lain-lain lagi," katanya.
Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (AWER), S. Piarapakaran berkata Lembaga Urus Air Selangor (Luas) perlu memantau dengan lebih teliti paras air empangan terutama Empangan Sungai Selangor.
Menurutnya, amaran paras air empangan kritikal perlu dinaikkan daripada kadar 30 peratus sekarang kepada 50 peratus.
Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
"Sekiranya paras kritikal ialah 50 peratus, sekurang-kurangnya tindakan drastik boleh diambil dengan cepat dalam memulihkan kembali paras air empangan," katanya.
-- BERNAMA

Apapun, untuk keselamatan dan kesihatan kita, takde salahnya kita ambil langkah berjaga-jaga. Saya sharekan info dari Kementerian Kesihatan bagi berdepan dengan masalah cuaca panas yang ekstrem.
- Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
- Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
- Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Penghidap penyakit sistem pernafasan.
- Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
- Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
- Gejala cuaca panas melampau adalah :
- Sakit kepala
- Keletihan
- Lemah tumpuan
- Pening
- Lemah otot–otot atau kekejangan
- Mual dan muntah
- Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
- Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
4.1 Anda Perlu :- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
- Hadkan aktiviti luar
- Kerap berehat
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas
- Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
- Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
- Keluar dari kawasan yang panas
- Tanggalkan pakaian yang ketat
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan
- Minum air setiap 15 minit
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Rujuk sini: Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai
Untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh, dapatkan Shaklee Vita-Lea Iron Formula. 28 vitamin dan mineral penting untuk tubuh badan dewasa dalam satu tablet.
0 comments:
Post a Comment