Assalamualaikum.
Baru sempat nak post. Weekend lepas, parent kat rumah, maka kewajipan dahulukan parent dulu.
Jumaat lewat petang baru dapat berita dari Cik Puan Harum Manis, anak buah kami, Amir Haziq masuk wad disebabkan keracunan makanan. Disebabkan dah lewat, dan Amir Haziq masuk wad di Pusat Perubatan Islam Az Zahra, Bangi, kami bercadang untuk ziarah pada Sabtu tengahhari. Selepas Cik Puan selesai tugasan beliau di UiTM Puncak Alam.
So, Sabtu lepas Zohor, sebaik sahaja Cik Puan balik dari UiTM, kitaorang terus ke Bangi. Adam dan Iman dah siap-siap awal supaya tak terkejar-kejar. Tu pun dekat pukul 3 petang baru bertolak. Melayan ragam anak-anak.
Perjalanan dari Saujana Utama ke Pusat Perubatan Az Zahra, Bangi tu ambil masa lebih kurang sejam lebih sikit. Dekat pukul 4, Alhamdulillah selamat sampai. Tak susah nak cari tempat sebab Pusat Perubatan tu memang famous kat Bangi. Lagipun tak jauh dari tempat training Group Shaklee Cik Puan.
Sampai di wad, Haziq tengah tidur. Tengok tangan dia kena cucuk untuk masuk 'drip' dan ubat, kesian rasanya. Kita yang dah tua ni pun rasa sakit dan tak selesa, apa tah lagi budak-budak macam Haziq.
Dari cerita adik ipar iaitu ibu Haziq dan juga adik Cik Puan, Haziq dah ok sikit. Dah tak muntah-muntah dan cirit sangat. Cuma dia pulak yang sakit perut dan terkena simptom yang sama.
Cik Puan ada cakap, mungkin terjangkit dari Haziq. Keracunan makanan boleh berjangkit bila kita cuci anak kita, pastu kita tak basuh tangan bersih-bersih dan makan. Ni apa yang Doktor Wati bagitau. Dr Wati ni doktor yang selalu check up Adam kalau Adam tak sihat, dan memang doktor yang memang kami sekeluarga suka sangat. Sebab teliti, peramah dan suka kongsi info. Klinik dia di Alam Budiman.
Disebabkan keadaan adik ipar pun semakin teruk, dia pun set untuk jumpa Doktor petang tu jugak. Lepas lebih kurang sejam kat situ, kitaorang pun gerak balik.
Dalam pukul 6 lebih sampai rumah, dapat whatsapp dari biras (husband adik ipar), bagitau adik ipar kena warded pulak. Kesiannya diaorang. Malam tu pulak, biras bagitau dia pun mula muntah-muntah. Kami berdoa ajelah supaya diaorang sekeluarga cepat sembuh.
Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya, Ahad pukul 3 petang diaorang sekeluarga dah discharged. Dah semakin sembuh. Semoga betul-betul sembuh seperti sediakala dalam tempoh terdekat ni.
ps: kalau anak kita cirit-birit, make sure kita basuh tangan kita bersih-bersih guna hand sanitizer selepas kita basuh anak kita tu. Dulu Cik Puan pernah juga terjangkit dari Adam masa Adam cirit birit.
Sementara tunggu Cik Puan beli ole-ole untuk Haziq, Adam seperti biasa buat pose Ultraman |
Iman pula, seperti biasa nak main stering |
Kesian Amir Haziq, 2 tahun. Nampak lemah. Moga cepat sembuh Haziq |
Adam teman berbual dengan Haziq, manakala Iman nak tumpang berborak sekali |
Dah sampai rumah semula, tapi Iman masih tak puas berjalan. Digoncangnya pagar nak keluar berjalan lagi. |
posted from Bloggeroid
0 comments:
Post a Comment