Monday, March 2, 2015

Program Wakaf Al Quran - Mari Beramal

Assalamualaikum.

Insya'Allah, mari kita kumpul kekayaan di akhirat kelak. Yang kekal abadi. 

Sekolah Rendah Agama Saujana Utama, Sg Buloh, Selangor telah melancarkan kempen 'Wakaf Al-Quran dan Rehal' untuk kegunaan para pelajar dan guru di sekolah terbabit. Sekolah ni dalam kawasan perumahan kami.



Antara petikan dari Facebook Sekolah Rendah Agama Saujana Utama, Sg. Buloh

Kempen Wakaf Al-Quran dan Rehal
MEMOHON SUMBANGAN AL-QURAN


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SRA Saujana Utama akan mengadakan program 1 Murid 1 Al-Quran peringkat sekolah. Jumlah murid di SRA Saujana Utama adalah seramai 1560 orang.
3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan program ini adalah :
i. Memupuk murid-murid celik al-quran

ii. Memastikan murid-murid dapat membaca dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian
iii. Al-quran ini akan ditinggalkan di sekolah dan memudahkan murid-murid dapat menggunakan al-quran ini dalam pembelajaran di dalam kelas.

4. Sehubungan dengan itu, untuk pengetahuan pihak tuan/puan, ada dikalangan murid-murid yang menaiki bas dan berbasikal ini menyebabkan adab memelihara al-quran itu tidak dijaga dengan betul. Oleh itu, sekiranya al-quran itu ditinggalkan di sekolah, kesucian dan kemuliaan al-quran itu terjaga.

Selanjutnya sila rujuk FB SRASUSB

Jika ingin turut serta, boleh hubungi pihak sekolah terbabit melalui telefon seperti dalam gambar di atas. Semoga amal jariah kita semua diterima Allah Ta'ala. Insya'Allah. Ameen.


0 comments:

Post a Comment