Friday, March 6, 2015

IOI City Mall, Dua Kali Ke Sana Dalam 4 Hari...

Assalamualaikum.

Ni sebenarnya cerita lama. Cerita bulan Februari dulu. Baru terjumpa gambar-gambar berkaitan.. Huhuhu..

Dalam tempoh 5 hari, kitaorang pergi ke IOI City Mall di Putrajaya tu. 1st pergi, celebrate birthday Cik Puan. Amik cuti, hantar Adam dan Iman ke tadika dan taska, supaya boleh spend masa berdua aje dengan Cik Puan. Hahahahaha.. Bukan senang nak dapat peluang macam tu.

Mulanya cadang nak pergi Dip n Dip, tapi masih belum buka lagi masa kitaorang sampai dalam pukul 10 pagi. Rupanya Dip n Dip tu buka pukul 11 pagi. Alahai... Perut dah la lapar sebab tak sarapan lagi. Last-last pergi ke cafe sebelah, minum kopi dan makan scone serta bagel. 

Our breakfast
Pastu pusing-pusing, ternampak la baju budak-budak yang murah kat Padini Concept Store. Tengah Sale Chinese New Year. Ingat nak singgah tengok sekejap, last-last melekat lama giler kat kedai tu. Hahahaha.. Memang lebih murah berbanding sale Aidilfitri. Kononnya nak beli untuk Adam dan Iman aje, last-last Cik Puan dan abahnya pun beli sekali. Buat baju untuk raya nanti. Hahahaha... Settle dah baju untuk raya. Tinggal baju melayu dan baju kurung aje. :p

Sejam juga habiskan masa dalam Padini Concept Store tu. Dah tu, pusing-pusing la dalam IOI City Mall tu. Dari satu kedai ke satu kedai. Sampai lunch hour, perghhh... tetiba ramai giler orang kat IOI City Mall tu. Tempat makan baru untuk yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya. Kitaorang pergi surau dulu memandangkan ramainya orang, dan perut pun tak lapar lagi.  Pas Zohor, kitaorang pergi lunch kat Stacks by Las Vacas. Hidangan burger, sandwich dan platter. Takde stik atau yang heavy-heavy kat sini. Saya makan burger The Godfather, manakala Cik Puan pula Beef Platter. Memang sedap sebab daging dia fresh, lembut serta juicy. Kenyang giler walaupun hanya makan burger. (Next time la citer dan review pasal Stacks by Las Vacas ni. Hari tu pic semua tak menjadi.) -_-

The Godfather dan Beef Platter di Stacks by Las Vacas
Our drinks


Dah sudah tu, kitaorang pun balik la ke Saujana Utama. Terus amik budak-budak. Adam pelik bila amik dia di tadika, macam mana abah dan Cik Puan boleh sama-sama amik dia. Dia macam dapat hidu kitaorang pi jalan-jalan. Hahaha... nasib baik dia tak tanya banyak. Kalau tak berpeluh jugak nak jawab.

Kat rumah, bila Adam pun dah leka tengok TV, kitaorang suruh la dia dan Iman try baju raya tu. Adam punya, ok. Tapi baju Iman nampak cukup-cukup muat aje. Kalau raya nanti mesti fit atau tak muat. Hahahaha... Padahal dah amik yang setahun setengah punya saiz dan nampak besar masa kat Padini tu. Nampak gaya kena pergi semula la IOI City Mall, tukar baju Iman. Hohoho...

Bergaya dengan baju baru. Baju Iman tu yang terpaksa tukar balik.. huhuhu



0 comments:

Post a Comment