Skip to content BuatDuitInternet.com

Saturday, February 28, 2015

Misi Mengemas Rumah Gagal

Hari ni, Cik Puan Harum Manis buat 'labwork' seperti biasa di UiTM Puncak Alam. As usual, abahnya jadi Mr Mama hari Sabtu dan Ahad.

Hari ni juga parent dan adik-adik nak datang. So plan mmg nak kemas2 rumah cepat2. Tapi planning tinggal planning...

Adam dan Iman pun sibuk nak tolong jugak, akhirnya bukan semakin cepat, tapi jadi lebih lambat. Huhuhu... Takpela tu, tapi yang buat letih, Iman ni ha. Orang kemas, terus dia sepahkan balik... Huhuhu...

Mengharapkan Iman tidur sebentar dalam pukul 10pg, tapi harapan tinggal harapan. Segar bugar pulak dia, malah bertambah aktif lak. Hingga nak sidai baju pun tak berani. Takut Iman lasak sangat. Huhuhu...

Akhirnya, parents pun sampai pukul 11 lebih, rumah bukan setakat tak kemas, malah makin bersepah... Hahahaha... MISI YANG GAGAL.






posted from Bloggeroid

Rutin Pagi Sabtu

Assalamualaikum.

As usual, pagi-pagi Sabtu, lepas Subuh, terus siap-siap nak pergi pasar tani. Dalam pukul 7 pagi biasanya dah bertolak. Dekat aje. Pasar Tani Saujana Utama. Pergi awal senang sikit. Tak ramai orang sangat. Yang paling penting tak perlu que panjang nak siang ikan yang dibeli.

Biasanya pergi sorang2 aje. Senang dan cepat. Cik Puan Harum Manis pula tolong jaga anak-anak kat rumah. Suka pergi pasar tani ni sebab barang basah memang segar especially ikan. Walaupun ada orang cakap kat pasar tani harga barang mahal sikit banding kedai runcit, tapi takpelah. Yang penting fresh. Contoh, kalau nak beli bawang tu, senang aje nak pilih. Tak perlu amik masa untuk belek-belek cari bawang yang elok.

Satu lagi yang best pasal pasar tani ni, kepelbagaian gerai makan. Memang banyak choice. Dari nasi lemak, nasi kerabu hinggalah Tako-Tao, apam balik pelbagai perisa.

Hari ni beli ikan kerapu, sedikit sayur, dan nasi kerabu, mee join goreng, putu piring serta Tako-Tao untuk sarapan. Alhamdulillah, rezeki pagi Sabtu.

(Takde la pulak gambar pasar tani)

posted from Bloggeroid

Friday, February 27, 2015

Kisah Adam

Assalamualaikum.

Muhammad Adam. Anak yang sulong. Bulan Julai nanti, genap la umur dia 6 tahun. Tahun depan dah masuk darjah 1. Sekejap benar masa berlalu. Dah besar dah anak abah ni. 

Adam lahir pada 31 Julai 2009, hari Jumaat  Teringat masa tu, Adam lahir selang berapa minit selepas azan solat Zohor. Memang abah kantoi solat Jumaat hari tu sebab menemani Cik Puan Harum Manis dalam bilik bersalin. Time tu jangan cakap la pasal perasaan. Bermacam-macam yang ada. Gemuruh, takut, excited, sebak... Al maklumlah kali pertama. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kasihan tengok betapa sakitnya Cik Puan Harum Manis ketika tu. Baru kita tau macam mana sakitnya Ibu kita saat melahirkan kita.

Adam, 1 bulan
Adam sejak kecik teman bermain abah, teman gaduh abah. Selalu jugak dia merajuk tak nak kawan dengan abahnya ni. Tak nak bercakap dengan abah la. Tapi bila nak tidur, abah jugak yang dicarinya. Nak pegang tangan abah masa tidur. Kalau tak terkebil-kebil takleh tidur. Hahahahahaha... dari dulu sampai la sekarang. Kalau abahnya marah atau tegur, pun takleh tidur gak si Adam ni. Tau-tau, dengar dia nangis teresak-esak. Nak kena abahnya slow talk peluk dia baru ok. Huhuhuhuhu... 

Sekarang, sejak ada adik Zahra Nur Iman, Adam dah boleh diharap kalau nak minta tolong. Maybe dia dah faham sekarang dia jadi abang. Kalau minta tolong, Insya'Allah takde masalah. Walaupun kadang-kadang mulut mengomel, tapi dia buat jugak. Hahahaha...

Adam - Pertama kali makan
Dulu masa baby hingga toddler, tembam. Geram kat pipi dia. Sekarang sejak masuk taska masa umur 4 tahun, makin kurus Adam. Biasanya, budak-budak baju semakin 'mengecil'/ketat. Adam lak, semakin longgar semua seluar dia. Hahahaha... Asyik nak main takleh duduk diam. Kalau tengok TV memang takdenya melekat kat satu tempat. Habis ruang tamu di'tawafnya' sambil mata tengok TV. Apa punya style tengok TV. Nak kata 'hyper' takde pulak. Makan pulak ikut mood. Kadang-kadang banyak, tapi selalunya kurang nak makan. 

Alhamdulillah, akhir-akhir ni nampaknya selera makan dia dah ok semula. Sejak pagi-pagi sebelum pergi tadika, sarapan bagi minum Mealshake, dah nampak balik pipi dia yang kitaorang geram satu ketika dulu. Kadang-kadang Mealshake campur fresh milk, kadang-kadang Mealshake campur koko, dua-dua Adam suka. Baru nampak berselera sedikit nak makan. 

Sekarang masalahnya, tiba-tiba Adam suka sangat pulak makan udang. Huhuhu....

Semoga Adam menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Abah dan Ibu sayang Adam.


Layan gambar jelah ya. Susah sgt nak cari idea nak tulis.. :p
Kami Bertiga di Kundasang
Di Kundasang bersama Cik Puan Harum Manis
Di Kota Kinabalu
Adam, 2 tahun

Adam, 3 tahun
Adam, 4 tahun


Adam, 5 tahun. At A'Famosa Resort.



Thursday, February 26, 2015

Apabila Zahra Nur Iman Tengok Ultraman

Assalamualaikum.

Tak sangka pulak Zahra Nur Iman bukan main excited bila tengok Ultraman. Mengalahkan abangnya pulak... hahahaha. Sama macam abangnya masa kecik2 dulu excited tengok Ultraman.

Fuhhh... Nasib baik Iman tak addicted.


Set Bajet Terlaris


Hubungi kami melalui Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram untuk maklumat lanjut dan HARGA ISTIMEWA.

Cik Puan CEO Harum Manis @ Fizah : (016) 232 1042
Nizam : (016) 232 1049

Atau E-Mail kami di alamat ceoharummanis@gmail.com

Boleh juga hubungi kami melalui Facebook seperti yang tertera di column kanan. (Klik FB badge kami).

Kami menyediakan khidmat penghantaran percuma di sekitar Lembah Klang. Luar Lembah Klang, kami akan menggunakan khidmat Pos Laju atau syarikat 'courier'. 

Tuesday, February 24, 2015

Cuaca Panas Melampau di Malaysia?

Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.
“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

- See more at: Utusan Online


Memang sekarang ni agak panas tapi masih lagi belum tahap panas yang ekstrem. Harapnya biarlah kekal begini, maksudnya jangan hingga menjadi ekstrem. Sama-samalah kita berdoa. 

Walaubagaimanapun, Jabatan Meteorologi berpendapat sebaliknya. Boleh rujuk dari berita ni;

Fenomena Ekuinoks Tidak Sebab Cuaca Panas Melampau - Meteorologi

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Fenomena Ekuinoks yang dijangka berlaku di negara ini mulai minggu depan tidak akan membawa kepada perubahan cuaca melampau, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail.

Beliau berkata situasi itu hanya akan menjurus kepada peningkatan suhu antara satu atau dua darjah Celcius.

"Ini masih dikira normal dan tidak akan memberi kesan besar secara keseluruhan," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, ini merupakan fenomena biasa kerana Ekuinoks berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada Mac dan September ketika matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa, lokasi negara ini berada.

"Ekuinoks tidak beri kesan besar terhadap suhu kerana perubahan suhu banyak dipengaruhi faktor seperti pergerakan angin, hujan dan lain-lain lagi," katanya.

Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (AWER), S. Piarapakaran berkata Lembaga Urus Air Selangor (Luas) perlu memantau dengan lebih teliti paras air empangan terutama Empangan Sungai Selangor.

Menurutnya, amaran paras air empangan kritikal perlu dinaikkan daripada kadar 30 peratus sekarang kepada 50 peratus.

Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

"Sekiranya paras kritikal ialah 50 peratus, sekurang-kurangnya tindakan drastik boleh diambil dengan cepat dalam memulihkan kembali paras air empangan," katanya.

-- BERNAMA

Apapun, untuk keselamatan dan kesihatan kita, takde salahnya kita ambil langkah berjaga-jaga. Saya sharekan info dari Kementerian Kesihatan bagi berdepan dengan masalah cuaca panas yang ekstrem.

  1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.
  2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
    • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
    • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

  3. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.
    • Gejala cuaca panas melampau adalah : 
      • Sakit kepala
      • Keletihan
      • Lemah tumpuan
      • Pening
      • Lemah otot–otot atau kekejangan
      • Mual dan muntah
  4. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
    • Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

      4.1 Anda Perlu :
      • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
      • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
      • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
      • Hadkan aktiviti luar
      • Kerap berehat
      • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
      • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
      • Pakai topi atau payung yang besar
      4.2 Elakkan:
      • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
      • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
      • Bersenam dalam cuaca panas
  5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;
    • Keluar dari kawasan yang panas
    • Tanggalkan pakaian yang ketat
    • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
    • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
    • Minum air setiap 15 minit
    • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal 


Harap, sedikit sebanyak info yang ada ni dapat membantu kita semua. Insya'Allah.



Monday, February 23, 2015

GLA Complex

GLA, VITAMIN E DAN MINYAK BENIH BUNGA MATAHARI

Shaklee GLA-Complex

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO). Shaklee GLA Complex pula diekstrak dari Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari Borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan. 

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak benih bunga matahari dan vitamin-E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Manfaat Utama Shaklee GLA Complex
  • Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testoteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Mencegah kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema,  alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatic diseases.
  • Pelangsingan dan menghalang penambahan berat badan - Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone kepada kulit dan otot, untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, 
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti arteriosclerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan gugur.

Info Ringkas Shaklee GLA Complex
Saiz    : 60 softgels
Cara pemakanan  : 1 softgels sahaja sehari 
Harga Runcit (Retail Price) : RM 91.25 sahaja

Hubungi kami melalui Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram untuk maklumat lanjut dan HARGA ISTIMEWA.

Cik Puan CEO Harum Manis @ Fizah : (016) 232 1042
Nizam : (016) 232 1049

Atau E-Mail kami di alamat ceoharummanis@gmail.com

Boleh juga hubungi kami melalui Facebook seperti yang tertera di column kanan. (Klik FB badge kami).

3 Beranak dan 'Barber Shop'

Assalamualaikum.

Aktiviti pada Ahad (22 Feb 2015) petang, kami 3 beranak, Muhammad Adam, Zahra Nur Iman dan saya meluangkan masa pergi 'Barber Shop' untuk gunting rambut. Masing-masing rambut dah panjang dan tak kemas langsung. Hahahaha... 

Mulanya macam malas nak pergi sebab penat seharian 'bertukang' kat rumah. Memasang rak dinding dalam stor yang telah lama tertangguh. Mengambil kesempatan semalam pasang rak tu sebab jiran masih lagi bercuti, jadi tak risau bunyi bising yang mengganggu.

Kemudian, dah siap tu, menyiapkan pulak 'planter box' untuk tanam sayur. Ni pun satu lagi projek yang telah lama tertangguh. Huhuhu... Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Cuma tak cukup tanah pulak. Next time kena pi nursery beli tanah lagi. Harap-harap menjadi la kebun sayur yang tak seberapa tu nanti.

Berbalik cerita gunting rambut, akhirnya keluar juga sebab nak beli sekali bahan-bahan makan malam. Cik Puan Harum Manis nak masak mee kari untuk makan malam. Kesian Iman sebab kena potong nipis. Tapi untuk kebaikan dia. harap-harap lepas ni rambut dia lebat sedikit. Kesian anak-anak abah sebab ikut abahnya yang berambut nipis. Adam dulu terpaksa botak dua kali masa baby, baru lebat sedikit rambut dia. Iman pulak, ni kali kedua berambut nipis botak. hehehehe.. Pagi tadi hantar taska, cikgu Iman semua terkejut dan ketawa tengok Iman. :p

Layan jelah gambar petang semalam.

Iman dalam proses membotakkan kepala. Good girl abah ni tak menangis. Senang dan sekejap aje prosesnya.

Adam dalam kereta sementara menunggu Ibunya, Cik Puan Harum Manis beli barang-barang di kedai runcit. Sempat lagi nak main 'ultraman' tapi mata kuyu. Hahahaha.....


Iman pulak, sibuk nak main stering kereta sambil tercengang tengok 'ultraman Adam'.


Kami bertiga di rumah selepas mandi. Bergambar dengan fesyen rambut terkini. 'Ultraman Adam' dalam posisi nak mem'fire' dalam keadaan penuh lemah lembut dan gemalai. hahahaha...

p/s: Jom tengok sini. Tinggal 5 hari aje lagi sebelum tamat promosi.

Saturday, February 21, 2015

Video Nasyid Kanak-Kanak - Yuk, Belajar Huruf Hijaiyah

Assalamualaikum. Kongsi lagi satu video nasyid kegemaran Adam dulu, kini Iman juga menggemarinya. Dari VCD yang sama, studio yang sama. Aa.. Ba.. Ta.. dalam rentak dan irama yang berbeza dan sedap serta mudah diikuti kanak-kanak.


Video Nasyid Kanak-Kanak - Asmaul Husna

Assalamualaikum. Hari ni just nak share, video nasyid kanak-kanak yang sememangnya menjadi kegemaran Muhammad Adam semasa dia baby dulu, dan sekarang adiknya Iman, pun suka video nasyid Asmaul Husna ni. Alhamdulillah, 6 tahun  berlalu, VCD nasyid ni masih elok lagi.

Abahnya (saya la tu) pun suka juga, sebab senang nak ikut sama, dan fresh (berbeza dgn yang lain) serta sedap didengar. 



p/s: Cuba mencari studio yang hasilkan video ni, tapi tak jumpa lak di internet. Studio dari Indonesia.

Wednesday, February 18, 2015

Ikan Masak Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum. Kali ni nak kongsi resepi ikan masak asam pedas Melaka. Citer lama sebenarnya ni. Cerita pertama kali masak asam pedas seumur hidup. Atas cabaran Cik Puan Harum Manis yang terpaksa bekerja pada hujung minggu dan juga dah bosan nak beli lauk tengahhari kat kedai. 

Pagi-pagi, lepas Cik Puan Harum Manis pergi kerja, surf internet, cari-cari nak masak apa untuk tengahhari. Last-last, terliur nampak gambar ikan asam pedas Melaka. Kebetulan dalam peti sejuk masih ada ikan siakap. Dapatkan info bahan-bahan dari beberapa web, terus bawak Adam dan Iman pi Central Mart dan kedai runcit beli bahan-bahan. Dengan mendukung Iman dan melayan karenah Adam kat kedai, memang letih. Tapi gigihkan diri juga. Tabik spring kepada kaum ibu. Diaorang memang hebat.

Pendekkan cerita, ni la dia resepi ikan Masak Asam Pedas Melaka

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan lebih kurang 500g - 800g. (Nak sedap ikan merah, sembilang atau mayong. Tapi dalam peti ais ada siakap aje. Hentam aje. Sedap gak. :p)
  • 10 batang bendi muda (nak kurang pun boleh, nak lebih pun boleh. jangan banyak sgt dah. nanti jadi bendi masak asam pedas pulak, bukan ikan masak asam pedas. :p)
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 biji tomato
  • 1 genggam daun kesum
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 3/4 senduk nasi cili giling
  • Air secukupnya (600ml - 800ml)
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci belacan atau secubit pun dah ok. (Bakar dulu sebelum kisar)
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis

Bahan-Bahan Tumis
  • 3 biji bawang merah yang telah dihiris
  • 1 ulas bawang putih yang telah dihiris
  • 1 tangkai daun kari. (ambil daun aje, tangkai jangan masuk sekali.. hehehe)
  • 1/4 sudu teh halba

Oleh sebab jarang memasak dan kurang pandai, terpaksa la 'prepare'kan bahan-bahan dan susun camni ikut turutan. Takut terlupa step. Hahahaha...

1. Potong ikan ikut suka. Kalau besar, potong 4. Kalau sederhana, potong 3 atau 2. Bersihkan dan tos. Bersihkan bendi dan tos, kerat sedikit dikedua-dua belah hujung. Kalau bendi tu panjang, kerat 2. Tomato dikerat 4. Tolak tepi sebab masuk last sekali.

2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai yang telah diketuk dan bahan-bahan tumis. Gaul rata dan tumis hingga berbau wangi.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus. Kacau rata hingga berbau wangi. Kemudian masukkan cili giling. kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Kecilkan api dan kacau selalu.

4. Tambahkan pes asam jawa, kacau hingga rata, masukkan air secukupnya. Lebih kurang 600ml - 800ml. Kacau dan biarkan mendidih. 

5. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan bendi. Kacau perlahan-lahan. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut, kemudian masukkan tomato. Masak sekejap, dan rasa. Kalau dah ok dan sedap, padamkan api. Siap dah. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih. 

Nampak menyelerakan. Bau pun mengiurkan. Tak sangka berjaya dalam percubaan pertama.


Senang aje rupanya nak masak asam pedas Melaka ni. Tak sangka first try terus menjadi. Memang terharu saya sebab selama ni saya bukannya pandai masak sangat pun. hahahaha...
Boleh la cuba. 

p/s: Boleh lak lupa nak amik gambar dalam pinggan hidang. huhuhu..


Tuesday, February 17, 2015

Feeling Blessed

Assalamualaikum. Maaf la ya lama tak buat posting kat sini. Busy dengan jadual harian. Nasib baik cik suami tolong updatekan blog.. :p

Kisah 'throwback'.. Kisah pada 13 Feb 2015 yang lepas..

Tengah2 mengemas terjumpa Adam's drawings which he gave me for my birthday. 1st drawing adam ckp ibu yg Kiri, Adam yg kanan. Tanya Adam, kenapa rambut Adam kembang. Tu bukan rambut, tu Kain superhero yang dia boleh terbang tu.. 2nd drawing gambar kita kat castle yang Adam beli untuk ibu.

Lukisan Adam - Ibu (kiri) dan Adam dengan 'cape superhero' dia (kanan). 

Lukisan Adam - Istana yang Adam belikan untuk Ibu. Terima kasih Adam. Sob..sob..sob.. Terharu sangat Ibu ni.

Inilah anak saya yang sulong, Muhammad Adam. Teman berbicara, teman bergaduh, teman merajuk... Walaupun tahun ni baru berusia 6 tahun, tapi pemikiran dia, kata-kata dia, kadang-kadang diluar jangkaan pemikiran kita. Kadang-kadang terlalu advance, kadang-kadang disulami dengan fantasi yang tinggi. hehehehe...

Ibu dan Adam at Sunway Pyramid (sekadar hiasan :p)

Akhir kata, teringat cerita abahnya Adam, petang waktu abahnya ambil Adam dari tadika. Perbualan antara abah dan anak...

Abah : Adam, esok birthday Ibu tau. Ingat tak?
Adam : Alamak, ya ke... Adam lupa la nak beli 'make-up' untuk Ibu. Cikgu la ni, asyik suruh Adam baca buku kat school, lupa Adam.
Abah : hohohoho... takpelah. Masa school mana boleh keluar pi kedai.
Adam : Boleh... Adam mintak la cikgu bawa pergi kedai.
Abah : Habis tu, Adam nak beli 'make-up' Ibu, nak guna duit mana?
Adam : Mintak la cikgu bayarkan dulu. Pagi esok Abah hantar Adam, Abah ganti la balik duit cikgu... 
Abah : hahahahahaha...

Aduihhhh, Adam ooo Adam. Tak kering gusi Ibu mengenangkan telatah awak.

Set Asas Anggun Menawan - Untuk Kulit Yang Lebih Cantik dan Gebu

KEANGGUNAN BERMULA DARI DALAMAN


Impikan kulit yang lebih cantik menawan, gebu dan anjal? Set asas 'Anggun Menawan' membantu merealisasikan impian anda. 3 produk Shaklee yang dirumus khas dan diperbuat dengan menggunakan sumber asli, bukan sintetik, tidak sekadar mencantikkan kulit, malah ianya memperbaiki dan juga melindungi kesihatan tubuh anda secara menyeluruh.

Berapa pula harganya?

Vita-E Complex (RM 149.00) + Sustained Release Vita-C Plus (RM 92.50) + GLA Complex (RM 91.25)

HANYA

RM 332.75 sahaja

TUNGGU DULU!!!
Itu harga 'Retail'

Hubungi kami sekarang
untuk

!!!HARGA ISTIMEWA!!!

RM 332.75
RM 325.00
RM 315.00

BIARLAH RAHSIA

CALL / SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
UNTUK KAMI KONGSIKAN RAHSIA ITU

FIZAH - (016) 232 1042
NIZAM - (016) 232 1049


Produk Shaklee tersebut juga boleh didapati secara berasingan. Klik 'link' di bawah untuk maklumat lanjut setiap produk dalam set 'Anggun Menawan' ini.

Vita-E Complex

VITAMIN E SEMULAJADI UNTUK KESIHATAN JANTUNG, OTAK, KOLON, PROSTAT DAN SISTEM IMUN
Shaklee Vita-E Complex

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat disamping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun pada warga tua.

Setiap kapsul gel lembut membekalkan:
  • 400 IU sumber asli vitamin E
  • 65 mcg selenium sebagai pelengkap aktiviti vitamin E
  • 39.4 mg ekstrak biji anggur (vitis vinifera)


Manfaat Utama
  • Melindungi Jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.
  • Meningkatkan Kemampuan Reproduktif - Kajian saintifik mendapati vitamin E serta Selenium mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E serta 200 mcg Selenium sehari, mampu meningkatkan kualiti dan kiraan sperma mereka.
  • Anti Penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari, membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan  tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot paha.
  • Anti-Oksidan Yang Kuat - Pengambilan lebih 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat daripada radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.
  • Kelastarian Tenaga - Meningkatkan kelastarian tenaga dan seksual dengan membekalkan oksigen yang lebih.
  • Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.
  • Menghalang Keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid, dan sindrom menopaus seperti 'hot flush'. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.
  • Memperbaiki Parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Info Ringkas Shaklee Vita-E Complex
Saiz    : 120 kapsul 
Cadangan pemakanan  : 
  • Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 kapsul sehari (selepas makan)
  • Untuk anti penuaan dan sistem reproduktif : 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari
  • Menentang kanser dan mengurangkan parut : 2 kapsul setiap kali, 2 kali sehari
Harga Runcit (Retail Price) : RM 149.00 sahaja 

Hubungi kami melalui Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram untuk maklumat lanjut dan HARGA ISTIMEWA.

Cik Puan CEO Harum Manis @ Fizah : (016) 232 1042
Nizam : (016) 232 1049

Atau E-Mail kami di alamat ceoharummanis@gmail.com

Boleh juga hubungi kami melalui Facebook seperti yang tertera di column kanan. (Klik FB badge kami).