Thursday, March 19, 2015

IOI City Mall, Dua Kali Ke Sana Dalam 4 Hari... (Sambungan)


Assalamualaikum.

Baru sempat nak update dan sambung entry ni. Rujuk http://keluargaharummanis.blogspot.com/2015/03/ioi-city-mall-dua-kali-ke-sana-dalam-4.html untuk entry sebelumnya.

Ok... hari Ahad (tak ingat dah tarikhnya), 4 hari selepas pergi IOI City Mall dengan Cik Puan Harum Manis, kitaorang pergi sekali lagi ke sana. Kali ni pergi satu family. Niatnya nak tukar baju Iman yang muat-muat aje tu.

Pagi-pagi dah siap, tapi nak memujuk Adam satu hal la pulak. Dia ralit tengok tv sampai tak nak keluar. Yang Iman pulak, dah tak sabar nak pi jalan-jalan. Macam-macam ragam. Hahahaha... Dekat 15 minit gak ambil masa memujuk Adam. Huhuhu...

Sampai IOI City Mall, terus menuju ke Padini Concept Store untuk tukar baju Iman tu. Alhamdulillah takde masalah. Akhirnya ambil baju budak saiz 2 tahun punya. Lepas tu, Adam ajak pi tengok ice rink kat situ. Beria-ia dia mengajak. Aiii budak ni, tadi dia la yang tak nak sangat pergi berjalan, sekarang dia pulak terlebih-lebih. Hahahaha...

Kat ice rink, Adam dah teruja nak mecuba ice skating. Okla, kitaorang bercadang nak biar Adam main sendirian. Bila tanya staff kat kaunter tu, boleh aje kalau nak Adam bersendirian main ice skating. Dalam ice rink ada staff yang jaga. So beli tiket masuk. Untuk normal pass (main ice skating) tiket RM 28 (weekend) seorang. Harga sama tak kira kanak-kanak atau dewasa. Price termasuk sewa kasutnya. Kemudian kena beli glove dan stoking, harganya RM 15. Pastu kena beli visitor pass RM 5 seorang untuk masuk dekat lounge ice rink tu. Total RM 10, Iman free.

Dah siap pakaikan Adam dengan kasut ice skating tu, bawa dia masuk ice rink. Alamak, dia nak jalan pun tak leh... susah gak camni. Dalam tu boleh tahan ramai gak. Nak tak nak, terpaksa beli lagi satu normal pass dan glove + stoking. huhuhu.. Abahnya terpaksa teman Adam dalam ice rink.

Cuak gak sebab tak pernah main sebelum ni. Hahaha... Dah masuk ice rink dengan Adam, oklah. Takdela susah sangat nak imbangkan badan. Boleh la skating sikit-sikit. Tapi takdenya nak skating sangat pun. Memimpin Adam tepi ice rink tu... Guess kitaorang buat record, habiskan satu pusingan ice rink tu dekat sejam. Hahahahahaha.. Adam still kurang confidence walaupun sebenarnya dia boleh aje imbang badan dia dan skating sikit bila lepaskan tangan. So far, Adam hanya jatuh sekali aje masa dah nak sampai pintu keluar. Ingat nak round sekali lagi bagi Adam confidence lagi, tapi kesian kat Cik Puan dan Iman menunggu lama kat luar. Huhuhu... Abahnya ni pun dah mula rasa sakit pinggang sebab memimpin Adam.. hahahaha... nampaknya kena makan OsteMatrix la pas ni. Dah berumur... hahahaha...



Seronok nak mencuba ice skating
Adam dan Abah sebelum masuk ke ice rink.

Akhirnya setelah hampir sejam, jumpa gak pintu keluar. Hahahaha...

Kesian Iman terpaksa menunggu dekat sejam. Nasib baik tak meragam. Good girl Iman.

Walaupun hanya satu round aje, tapi Adam nampak puas sangat dan happy. Itu la yang penting untuk parents. Asalkan anak happy.

Pastu kitaorang terus pi makan kat Manhattan Fish Market. Memang nak makan kat situ sebab Adam suka dan Iman pun boleh makan sekali. Lagipun kitaorang ada voucher Manhattan Fish Market bernilai RM100. Redeem Treatpoints dari Maybank. Memang pulun la kira macam makan free... hahahahaha..

Dah sudah makan, kitaorang pun balik. Adam dan Iman pun nampak dah letih. Kalau letih sangat, nanti meragam pulak. 

So, tu ajelah nak citer. Walaupun pergi kali ni tak lama sangat, tapi Adam happy dan Iman pun happy dapat jalan-jalan. Ok sangat-sangat la tu. 

Jumpa lagi di entry lain.


Tuesday, March 10, 2015

Air. Penting Untuk Tubuh Badan Kita. Berapa Gelas Yang Sepatutnya Kita Minum?


Berapa Sukatan Air Yang Diperlukan Setiap Hari?


Soalan yang mudah namun agak sukar untuk mencari jawapannya. Semua orang tahu bahawa air sangat penting untuk kesihatan namun keperluannya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan, tahap kecergasan dan kawasan tempat tinggal masing-masing. Sebagai contohnya mereka yang tinggal di kawasan yang beriklim panas (seperti Malaysia) sudah tentu memerlukan lebih banyak air sehari berbanding mereka yang di kawasan beriklim sejuk. Ini adalah kerana air dalam badan mereka lebih banyak hilang melalui peluh selain dari pernafasan.

Jadi bagaimana kita nak tau berapakah sukatan sebenar yang badan kita perlukan demi memastikan badan sentiasa dapat bekalan air yang secukupnya. Terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Untuk mendapatkan hasil 'susu' yang banyak, maka kita perlulah minum air yang banyak untuk menghasilkan dan menggantikan susu yang keluar.

Adakah 2 liter air mencukupi untuk saya?

Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?

Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, kami ada jawapannya.

Formulanya ialah: 

1/2 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)

Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 1/2 → 121.25 x 1/2 = 60.63 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 60.63 oz = 1.75 L
Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 1.75L air sehari, ya!

Sekiranya anda menjalankan aktiviti berat seperti bersenam, jumlah pengambilan air juga perlu ditambah. Rujuk formula di bawah.




Semoga bermanfaat. Insya'Allah.

Senarai Harga Produk Kesihatan Shaklee

Harga Runcit Yang Disyorkan
Untuk lihat dengan lebih jelas, sila klik senarai harga di atas. Harga yang ditunjuk adalah harga runcit yang disyorkan.

Untuk membuat tempahan, sila hubungi kami melalui SMS / Whatsapp / Telegram di no berikut;

Nurhafizah - (016) 232 1042
Nizam - (016) 232 1049

Alternatif, boleh ke FB Page kami, dan PM kami disitu.

Setelah tempahan dibuat, kami akan hubungi anda untuk sahkan tempahan dan juga harga jualan. Kami juga akan memberikan no tempahan untuk rujukan anda.

CASH ON DELIVERY (CoD)

Sekiranya anda berada di sekitar Sg. Buloh, Subang, dan Kota Damansara, kami menyediakan perkhidmatan 'Cash on Delivery' sebaik sahaja produk yang ditempah ada dalam stok. 

Kawasan sekitar Shah Alam, Klang, dan Gombak, sekiranya ingin CoD, penghantaran akan dilakukan pada hujung minggu sekiranya produk yang ditempah ada dalam stok.

POS LAJU

Kawasan lain, kami akan menggunakan khidmat Pos Laju. Kami akan hantar dalam tempoh 3 hari - 7 hari sebaik sahaja tempahan diterima tertakluk kepada stok. 

Bayaran hendaklah dimasukkan ke akaun kami, dan sila email / Whatsapp / Telegram resit 'bank-in' atau 'online transfer' kepada kami untuk pengesahan.

Sebaik sahaja bayaran diterima, kami akan menghantar salinan 'Purchase Order' dan 'Invois' untuk rujukan anda. Kami turut akan memberikan 'Tracking No.' sebaik sahaja urusan Pos Laju telah dibuat.

Terima kasih di atas sokongan anda semua. Semoga anda semua kekal sihat, ceria dan bahagia disamping keluarga yang tercinta.

Monday, March 9, 2015

Simple Dinner Malam Ni

Our dinner today prepared with the help of self proclaimed 'Junior Masterchef'.

Menu simple aje. Tema utama burger ayam, dengan 3 resepi berbeza.

1. Untuk Adam, dengan idea dia sendiri, cheeseburger with raspberry jam.

2. Untuk ibu, plain chicken burger with lil bit of black pepper and mayo.

3. Untuk abah, chicken burger with lil bit of pepper and smoked paprika, plenty of black pepper, and few drops of worchester sauce. Served with mustard, mayo and chilly sauce.

Iman lak, tgk video nasyid dia like a boss.























posted from Bloggeroid

Friday, March 6, 2015

Dah Lama Tak Makan Ubat Allergic.

Fuh... Sedap pulak malam ni makan buah potong. Ada mangga muda, nanas, jambu air, tembikai dan tembikai susu. Cik Puan yang beli tadi.

Dapat lak makan sambil cicah kuah 'Mak Bee'. Terangkat. Dulu takleh cicah banyak sangat atau makan sampai puas. Sebab ada eczema. Pas makan kuah 'Mak Bee', sure gatal giler. Nak duduk diam pun tak senang. Mesti kena makan ubat allergy aka Zyrtec.

Sekarang ni, gatal gak, tapi boleh tahan, dan takdela asyik nak tergaru-garu. Alhamdulillah. Banyak juga perubahan sejak 10 bulan lepas.





Gambar tangan saya dan parut eczema. Banyak kurang berbanding dulu. Dulu lebih menggerutu dan kulit area tu memang tebal. Sekarang dah surut. Mungkin boleh jadi lebih elok, tapi saya tak pantang.... bedal aje kalau teringin. Hahaha...

Perubahan positif ni semuanya sebab Cik Puan paksa saya makan Sustained Release Vita-C dan Vita-E Complex 10 bulan sebagai permulaan. Pastu lepas beberapa bulan, selepas nampak perubahan positif, Cik Puan belikan ESP pulak.



Alhamdulillah dengan izin Allah, so far berkesan bagi saya. Walaupun kadang-kadang gatal juga, tapi boleh tahan dan mild aje. Berbanding sebelum ni. Apa yang lebih penting, saya memang dah stop makan Zyrtec (ubat allergy).

Insya'Allah, yang ada eczema, boleh la cuba. Sebotol Vita-C tu boleh tahan sampai 6 bulan jika hanya sorang aje yang consume. Sehari 1 tablet aje. Sebotol ada 180 tablets.

Vita-E pula, sehari 1 capsule, sebotol ada 120 biji, boleh tahan hingga 4 bulan, sekiranya seorang sahaja yang consume. ESP saya minum waktu pagi aje sebelum pergi kerja. Boleh la tahan sebulan lebih sebelum habis.

Oh ya, ESP sekarang tengah murah. Item promosi. So, cepat2 la beli sementara harga murah.

posted from Bloggeroid

IOI City Mall, Dua Kali Ke Sana Dalam 4 Hari...

Assalamualaikum.

Ni sebenarnya cerita lama. Cerita bulan Februari dulu. Baru terjumpa gambar-gambar berkaitan.. Huhuhu..

Dalam tempoh 5 hari, kitaorang pergi ke IOI City Mall di Putrajaya tu. 1st pergi, celebrate birthday Cik Puan. Amik cuti, hantar Adam dan Iman ke tadika dan taska, supaya boleh spend masa berdua aje dengan Cik Puan. Hahahahaha.. Bukan senang nak dapat peluang macam tu.

Mulanya cadang nak pergi Dip n Dip, tapi masih belum buka lagi masa kitaorang sampai dalam pukul 10 pagi. Rupanya Dip n Dip tu buka pukul 11 pagi. Alahai... Perut dah la lapar sebab tak sarapan lagi. Last-last pergi ke cafe sebelah, minum kopi dan makan scone serta bagel. 

Our breakfast
Pastu pusing-pusing, ternampak la baju budak-budak yang murah kat Padini Concept Store. Tengah Sale Chinese New Year. Ingat nak singgah tengok sekejap, last-last melekat lama giler kat kedai tu. Hahahaha.. Memang lebih murah berbanding sale Aidilfitri. Kononnya nak beli untuk Adam dan Iman aje, last-last Cik Puan dan abahnya pun beli sekali. Buat baju untuk raya nanti. Hahahaha... Settle dah baju untuk raya. Tinggal baju melayu dan baju kurung aje. :p

Sejam juga habiskan masa dalam Padini Concept Store tu. Dah tu, pusing-pusing la dalam IOI City Mall tu. Dari satu kedai ke satu kedai. Sampai lunch hour, perghhh... tetiba ramai giler orang kat IOI City Mall tu. Tempat makan baru untuk yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya. Kitaorang pergi surau dulu memandangkan ramainya orang, dan perut pun tak lapar lagi.  Pas Zohor, kitaorang pergi lunch kat Stacks by Las Vacas. Hidangan burger, sandwich dan platter. Takde stik atau yang heavy-heavy kat sini. Saya makan burger The Godfather, manakala Cik Puan pula Beef Platter. Memang sedap sebab daging dia fresh, lembut serta juicy. Kenyang giler walaupun hanya makan burger. (Next time la citer dan review pasal Stacks by Las Vacas ni. Hari tu pic semua tak menjadi.) -_-

The Godfather dan Beef Platter di Stacks by Las Vacas
Our drinks


Dah sudah tu, kitaorang pun balik la ke Saujana Utama. Terus amik budak-budak. Adam pelik bila amik dia di tadika, macam mana abah dan Cik Puan boleh sama-sama amik dia. Dia macam dapat hidu kitaorang pi jalan-jalan. Hahaha... nasib baik dia tak tanya banyak. Kalau tak berpeluh jugak nak jawab.

Kat rumah, bila Adam pun dah leka tengok TV, kitaorang suruh la dia dan Iman try baju raya tu. Adam punya, ok. Tapi baju Iman nampak cukup-cukup muat aje. Kalau raya nanti mesti fit atau tak muat. Hahahaha... Padahal dah amik yang setahun setengah punya saiz dan nampak besar masa kat Padini tu. Nampak gaya kena pergi semula la IOI City Mall, tukar baju Iman. Hohoho...

Bergaya dengan baju baru. Baju Iman tu yang terpaksa tukar balik.. huhuhu



Alhamdulillah..

Assalamualaikum.

Dah beberapa hari tak update blog ni. Faktor kekeringan idea, pastu semalam pulak seharian berada diluar. Pagi, bawa Zahra Nur Iman ke Putra Medical Centre untuk ambil vaksin 'pnuemacocal'. Boleh tahan juga bilnya. Nasib baik pergi sekarang. Kalau terlewat, masuk April, kena GST pulak. Tapi, next shot, memang confirmla kena GST. Huhuhu...

Sudah tu, terus ke KWSP di Wangsa Maju. Selesaikan urusan pengeluaran wang dari akaun 2 untuk ansuran bulanan rumah. Alhamdulillah, semuanya selesai tanpa masalah. Servis dan layanan pun tip top. Pegawai KWSP tu pun siap bagi macam-macam info dan penerangan yang bagus bagi melancarkan lagi apa-apa urusan dimasa hadapan.

Semalam memang tak sempat belek blog langsung. Sampai rumah, tiba-tiba rasa macam nak demam, dan tak larat. Nasib baik Iman tidur awal malam tadi. Abahnya ni pun tidur awal. After dinner, dah terbaring dan tidur. Kesian Cik Puan dan Adam, abahnya tak dapat nak tolong kemas-kemas apa yang patut dan layan Adam. huhuhu..

Syukur, bangun pagi dah rasa ok sikit. Boleh la pergi ke pejabat. Adam dan Iman pun pagi ni senang sangat bangun dan bersiap-siap nak pergi ke tadika dan taska. Memang awal la pagi tadi bertolak dari rumah. 

Baru berkesempatan tengok blog, Alhamdulillah, tak sangka dalam sebulan lebih sikit dah cecah 1000 pageviews. Sebelum ni, ada juga buka beberapa blog, tapi tak berkembang. Hahahaha... malu nak cerita. :p Walaupun hanya 1000 pageviews dalam sebulan, jauh lebih kecil dari blog-blog yang power, tapi takpelah. Kita belajar perlahan-lahan. Bahasa blog ni pun masih terlunggang-langgang lagi. Banyak lagi kena belajar dan improve.

Pagi ni juga, akhirnya berjaya juga buka FB page untuk Harum Manis ni, dah lama merancang, tapi tak berkesempatan. Ni FB page kami;


Jemputlah datang dan like page kami. 

Sebelum berundur, jangan lupa promosi Shaklee bagi bulan Mac ni. Terutamanya produk No.1 Best Seller, ESP. Memang minuman / makanan yang terbaik.





Wednesday, March 4, 2015

Minuman Pagi Kami Setiap Hari. Anda pula?

Assalamualaikum.

Semua dah sarapan? Apa yang korang semua minum waktu sarapan?
Meal Shakes untuk Adam, ESP untuk Abah dan Cik Puan, Isomil untuk Iman
Inilah yang kitaorang sekeluarga minum waktu pagi di rumah, sebelum Abah dan Cik Puan ke pejabat, Adam ke tadika dan Iman ke taska. 

Pagi-pagi paksa Adam minum Meal Shakes, sebabnya sebelum ini dia kurang berselera nak makan. So, dengan Meal Shakes, dapatlah 'cover' balik mana-mana vitamin dan mineral yang dia tak 'consume'. Biasanya, kitaorang campur Meal Shakes dengan 'fresh milk' untuk Adam. Kadang-kadang, kalau terlebih rajin, buat 'hot chocolate' campur Meal Shakes. Alhamdulillah, Adam suka dan yang paling penting, setelah dah nak habis satu bekas Meal Shakes tu, selera makan Adam dah bertambah, kembali macam dulu. Pipi dia pun dah naik sikit. Ok sangat-sangat sebab sebelum ni kurus sangat. Hinggakan semua seluarnya menjadi longgar walaupun seluar tadika dia yang dia pakai sejak berumur 4 tahun. hahahaha...

ESP tu pulak, untuk abah dan Cik Puan. Abah minum hari-hari manakala Cik Puan pula selang dua hari. Kitaorang minum gitu aje campur dengan air suam. Dah sedap dah. Tapi ESP boleh juga campur dengan jus, susu, 'hot chocolate' dan lain-lain. Cuma kitaorang malas aje nak buat macam tu. Hahahaha... Alhamdulillah, so far, so good. Bertenaga sepanjang hari, malah kurang rasa lapar. Tapi takde la sampai tak makan sarapan. Sarapan pagi tu penting. Yang best, sejak consume ESP ni, eczema saya dah kurang 'mengganas'. Tapi saya makan sekali Vita-C dan Vita-E Complex (walaupun kadang-kadang termiss sebab lupa.. hohoho). Kulit yang tebal dan  menggerutu sebelum ni pun, Alhamdulillah dan surut, serta beransur licin. Still menggerutu, tapi dah kurang banyak gak. Syukur, semuanya atas izin Allah.

Last but not least, Zahra Nur Iman. Kena cerita gak sebab kami sekeluarga walaupun dia tak consume produk Shaklee ni. Dia minum susu formula berasaskan soya, Isomil Plus (1 tahun - 10 tahun). Sebelum ni Isomil untuk baby dari 0 - 12 bulan. Iman terpaksa minum susu Isomil sebab dia ada alahan. Macam abahnya. Hopefully masuk 2 tahun nanti, hilang alahan dia tu. Dulu, Adam pun sama. Minum Isomil hingga 2 tahun. Pastu dah boleh consume susu biasa. Iman memang kitaorang bagi minum dulu sebelum pergi taska. Lagipun kebiasaannya, last sekali dia minum dalam pukul 3 pagi. So, memang dia lapar la time tu. Yang tak bestnya Iman ni, kerap juga dia kenakan Abah ngan Cik Puan. Dah siap minum, dah siap beg-beg masuk kereta, time tu la dia buang air besar. Hahahahaha... Terpaksalah cuci dulu sebelum hantar ke taska.

Tu ajelah yang kitaorang nak kongsi. 

Tuesday, March 3, 2015

Hari Ni Kering Kontang...

Assalamualaikum.

Huhuhu... memang hari ni kering-kontang. Takde idea langsung nak update blog ni. Tambah pula agak sibuk dengan tugasan (alasan...). Hahaha...

Tak sabar nak balik, habiskan masa dengan family. Main dengan anak-anak. Best ooo... hilang stress. Tengok Iman 'membuli' abangnya, manakala abang pula dengan 'happy'nya membiarkan dirinya dibuli. 

Hopefully Adam hari ni macam semalam teramat baik. Balik tadika, terus nak buat homework sampai siap. Semalam memang 'miracle' sebab maghrib dah siap dah homework dia. Hahahaha... Biasanya kena pujuk rayu, gaduh-gaduh dulu baru dia nak buat... hahahaha

Sambil tu layan ajela video Adam ni..


Set Anti Keletihan






Berapa pula harganya?

ESP (RM 150.00) + Omega Guard (RM 136.00) + Alfalfa Complex (S) (RM 53.75)

HANYA

RM 339.75 sahaja

TUNGGU DULU!!!
Itu harga 'Retail'

Hubungi kami sekarang
untuk

!!!HARGA ISTIMEWA!!!

RM 339.75
RM 325.00
RM 315.00


CALL / SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
UNTUK HARGA ISTIMEWA

FIZAH - (016) 232 1042
NIZAM - (016) 232 1049


Produk Shaklee tersebut juga boleh didapati secara berasingan. 

!!!BERITA BAIK!!!
ESP KINI DALAM 'MODE' PROMOSI

RUJUK POSTING 

Monday, March 2, 2015

Program Wakaf Al Quran - Mari Beramal

Assalamualaikum.

Insya'Allah, mari kita kumpul kekayaan di akhirat kelak. Yang kekal abadi. 

Sekolah Rendah Agama Saujana Utama, Sg Buloh, Selangor telah melancarkan kempen 'Wakaf Al-Quran dan Rehal' untuk kegunaan para pelajar dan guru di sekolah terbabit. Sekolah ni dalam kawasan perumahan kami.



Antara petikan dari Facebook Sekolah Rendah Agama Saujana Utama, Sg. Buloh

Kempen Wakaf Al-Quran dan Rehal
MEMOHON SUMBANGAN AL-QURAN


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SRA Saujana Utama akan mengadakan program 1 Murid 1 Al-Quran peringkat sekolah. Jumlah murid di SRA Saujana Utama adalah seramai 1560 orang.
3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan program ini adalah :
i. Memupuk murid-murid celik al-quran

ii. Memastikan murid-murid dapat membaca dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian
iii. Al-quran ini akan ditinggalkan di sekolah dan memudahkan murid-murid dapat menggunakan al-quran ini dalam pembelajaran di dalam kelas.

4. Sehubungan dengan itu, untuk pengetahuan pihak tuan/puan, ada dikalangan murid-murid yang menaiki bas dan berbasikal ini menyebabkan adab memelihara al-quran itu tidak dijaga dengan betul. Oleh itu, sekiranya al-quran itu ditinggalkan di sekolah, kesucian dan kemuliaan al-quran itu terjaga.

Selanjutnya sila rujuk FB SRASUSB

Jika ingin turut serta, boleh hubungi pihak sekolah terbabit melalui telefon seperti dalam gambar di atas. Semoga amal jariah kita semua diterima Allah Ta'ala. Insya'Allah. Ameen.


Melawat Anak Buah Sabtu Lepas

Assalamualaikum.

Baru sempat nak post. Weekend lepas, parent kat rumah, maka kewajipan dahulukan parent dulu.

Jumaat lewat petang baru dapat berita dari Cik Puan Harum Manis, anak buah kami, Amir Haziq masuk wad disebabkan keracunan makanan. Disebabkan dah lewat, dan Amir Haziq masuk wad di Pusat Perubatan Islam Az Zahra, Bangi, kami bercadang untuk ziarah pada Sabtu tengahhari. Selepas Cik Puan selesai tugasan beliau di UiTM Puncak Alam.

So, Sabtu lepas Zohor, sebaik sahaja Cik Puan balik dari UiTM, kitaorang terus ke Bangi. Adam dan Iman dah siap-siap awal supaya tak terkejar-kejar. Tu pun dekat pukul 3 petang baru bertolak. Melayan ragam anak-anak.

Perjalanan dari Saujana Utama ke Pusat Perubatan Az Zahra, Bangi tu ambil masa lebih kurang sejam lebih sikit. Dekat pukul 4, Alhamdulillah selamat sampai. Tak susah nak cari tempat sebab Pusat Perubatan tu memang famous kat Bangi. Lagipun tak jauh dari tempat training Group Shaklee Cik Puan.

Sampai di wad, Haziq tengah tidur. Tengok tangan dia kena cucuk untuk masuk 'drip' dan ubat, kesian rasanya. Kita yang dah tua ni pun rasa sakit dan tak selesa, apa tah lagi budak-budak macam Haziq.

Dari cerita adik ipar iaitu ibu Haziq dan juga adik Cik Puan, Haziq dah ok sikit. Dah tak muntah-muntah dan cirit sangat. Cuma dia pulak yang sakit perut dan terkena simptom yang sama.

Cik Puan ada cakap, mungkin terjangkit dari Haziq. Keracunan makanan boleh berjangkit bila kita cuci anak kita, pastu kita tak basuh tangan bersih-bersih dan makan. Ni apa yang Doktor Wati bagitau. Dr Wati ni doktor yang selalu check up Adam kalau Adam tak sihat, dan memang doktor yang memang kami sekeluarga suka sangat. Sebab teliti, peramah dan suka kongsi info. Klinik dia di Alam Budiman.

Disebabkan keadaan adik ipar pun semakin teruk, dia pun set untuk jumpa Doktor petang tu jugak. Lepas lebih kurang sejam kat situ, kitaorang pun gerak balik.

Dalam pukul 6 lebih sampai rumah, dapat whatsapp dari biras (husband adik ipar), bagitau adik ipar kena warded pulak. Kesiannya diaorang. Malam tu pulak, biras bagitau dia pun mula muntah-muntah. Kami berdoa ajelah supaya diaorang sekeluarga cepat sembuh.

Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya, Ahad pukul 3 petang diaorang sekeluarga dah discharged. Dah semakin sembuh. Semoga betul-betul sembuh seperti sediakala dalam tempoh terdekat ni.

ps: kalau anak kita cirit-birit, make sure kita basuh tangan kita bersih-bersih guna hand sanitizer selepas kita basuh anak kita tu. Dulu Cik Puan pernah juga terjangkit dari Adam masa Adam cirit birit.


Sementara tunggu Cik Puan beli ole-ole untuk Haziq, Adam seperti biasa buat pose Ultraman

Iman pula, seperti biasa nak main stering


Kesian Amir Haziq, 2 tahun. Nampak lemah. Moga cepat sembuh Haziq


Adam teman berbual dengan Haziq, manakala Iman nak tumpang berborak sekali


Dah sampai rumah semula, tapi Iman masih tak puas berjalan. Digoncangnya pagar nak keluar berjalan lagi.

posted from Bloggeroid

!!! PROMOSI MARCH 2015 !!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semoga semuanya sihat belaka dan mendapat rahmat Allah.

Berita baik buat semua, kini bermulalah
Promosi March 2015
Promosi ini adalah untuk sepanjang bulan March

3 produk hebat dari Shalee yang 'runtuh harga'

ESP (Soy Protein Isolate Powder) - Produk terlajak laris sepanjang zaman.
(Harga Sebenar: RM 150.00, Promosi : RM 125.00)
Minuman tambahan yang memberikan tenaga berpanjangan, menahan rasa lapar dan menyihatkan. Rendah lemah dan tiada laktosa dan kolestrol. Juga amat sesuai jika anda dalam program 'diet'.

Vita-Lea for Children - Multivitamin dan Multimineral terbaik untuk kanak-kanak 
(Harga Sebenar: RM 111.00, Promosi : RM 80.00)
Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting untuk kesihatan menyeluruh kanak-kanak. Menjadikan anak-anak anda sentiasa sihat, cergas dan ceria.

Zinc Complex - Sumber Zink terbaik hasil penyelidikan pakar di Shaklee.
(Harga Sebenar: RM 33.75, Promosi : RM 25.00)
Zink adalah bahan utama untuk kesihatan sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, protein dan lemak.

JOM DAPATKAN PRODUK-PRODUK INI SEMENTARA HARGA RUNTUH

Semoga kita semua terus kekal sihat agar dapat menjalankan kehidupan dengan lebih ceria, bahagia dan produktif.

Hubungi kami melalui Telefon / SMS / Whatsapp / Telegram untuk maklumat lanjut dan HARGA ISTIMEWA.

Cik Puan CEO Harum Manis @ Fizah : (016) 232 1042
Nizam : (016) 232 1049

Atau E-Mail kami di alamat ceoharummanis@gmail.com

Boleh juga hubungi kami melalui Facebook seperti yang tertera di column kanan. (Klik FB badge kami).